Salji di Saudi tiada kaitan tanda kiamat



Salji di Saudi tiada kaitan tanda kiamat

Umat Islam di negara ini dinasihatkan agar tidak membuat andaian kononnya salji tebal berlaku wilayah utara Arab Saudi ada kaitan ‘petanda’ dunia semakin hampir kiamat.

Sebaliknya, menurut Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Datuk Abdul Halim Abdul Kadir, kejadian berkenaan sebenarnya hanya fenomena alam yang biasa di negara tersebut.

“Mungkin bagi masyarakat kita ada yang tidak tahu salji memang turun di wilayah itu setiap awal tahun dan bukan perkara pelik pun bagi rakyat Arab Saudi sendiri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau merujuk berita mengenai salji di negara Asia Barat itu yang mendapat liputan amat luas media tempatan seolah-olah ia peristiwa aneh sehingga tular diperkatakan warganet tempatan.




Ada kalangan orang ramai mendakwa konon kejadian tersebut sebagai tanda dunia akan kiamat apabila Tuhan ‘murka’ perlakuan maksiat dilakukan oleh manusia yang mulai ingkar perintah-Nya.

Mengulas lanjut, Abdul Halim yang berpengalaman menetap di Arab Saudi berkata, salji memang setiap tahun turun di utara negara Asia Barat itu dan tidak dianggap janggal bagi penduduk.

“Barang kali rakyat Malaysia selalu dimomok persepsi salah sejak sekian lama yang Arab Saudi cuma negara tandus kering dilitupi padang pasir walhal fakta itu agak kurang tepat,” jelasnya. K Online

Salji di Saudi tiada kaitan tanda kiamat


Baca Artikel Menarik :




Layari Laman Facebook MYKMU</a


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham



Leave a Reply

Your email address will not be published.