Mayat wanita bertatu bunga ros di punggung disahkan gadis Vietnam

Mayat wanita bertatu bunga ros di punggung disahkan gadis Vietnam

Putrajaya: Misteri identiti wanita bertatu bunga ros yang ditemui terapung di tasik berhampiran Sky Ride Festival Park, Presint 2 di sini, Ahad lalu terjawab apabila mangsa disahkan sebagai warga Vietnam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya (IPD), Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, mangsa dikenali sebagai Tran Ai Lien, 26, dan tinggal di Greenview Residence, Sungai Long, Kajang, Selangor.

Menurutnya, pengesahan identiti mangsa dilakukan rakan serumahnya selepas menyedari berita kematian mangsa disiarkan di media sosial Facebook selain pengecaman barangan dipakai mangsa.

Asmadi berkata, rakan mangsa hadir ke balai polis Sungai Long pada jam 8.30 malam Isnin lalu bagi membuat pengesahan.

“Rakan mangsa memaklumkan mangsa keluar dari rumah dengan membawa beg tangan pada 29 Disember lalu sebelum gagal dikesan.

“Rakan mangsa terbabit mendakwa menerima maklumat mangsa menaiki teksi Grab pada jam 1.04 pagi dan memaklumkan berniat untuk membunuh diri tanpa diketahui masalah peribadi dialami,” katanya tadi.

Menurutnya, rakan mangsa mengecam identiti mangsa berdasarkan cincin, gelang dan jaket dipakai,” katanya.

Dalam kejadian jam 6.30 Ahad lalu, seorang pengawal keselamatan yang sedang membuat rondaan terserempak mayat mangsa di tasik itu sebelum laporan polis dibuat.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan mula mereput dengan sebahagian organ tubuh sudah dimakan hidupan liar.

Asmadi berkata, rakan mangsa sudah menghubungi ibu mangsa di Vietnam bagi mengesahkan kewujudan tatu berbentuk bunga ros hitam di bahagian punggung sebelah kiri mangsa.

Menurutnya, polis juga sudah mengambil keterangan ibu saudara mangsa yang tinggal di Behrang, Perak. HM

Mayat wanita bertatu bunga ros di punggung disahkan gadis Vietnam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker