3 anggota APM selamat, bot hantar bantuan karam

3 anggota APM selamat, bot hantar bantuan karam

JERANTUT: Tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Tahan berdepan detik cemas apabila bot dinaiki mereka karam dalam kejadian di Sungai Tembeling hari ini.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mereka bertiga dalam misi menghantar barang makanan sumbangan Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA) Jerantut ke Orang Asli Kampung Aur.



Ketua Misi, Roslan Abu Kassim, 58, berkata, beliau bersama adiknya Mizi, 28, serta pemandu bot, Belawak Bajah, 30, dalam perjalanan menghantar makanan kepada Orang Asli Kampung Aur.

Katanya, sebelum kejadian itu, mereka menghantar makanan ke kampung Orang Asli Teresik dan Orang Asli Tabing.

“Untuk sampai ke Kampung Aur, kami terpaksa melalui beberapa jeram yang deras airnya termasuk jeram panjang yang begitu mencabar.

“Ketika di jeram panjang, arus air begitu kuat sehingga masuk ke dalam bot menyebabkan bot tenggelam.



“Kami terselamat selepas berjaya berenang ke tebing sungai,” katanya memaklumkan, ketika kejadian mereka semua memakai jaket keselamatan.

Katanya, mereka bertiga bersyukur kerana terselamat dan tidak menghadapi sebarang kecederaan dalam insiden itu. BH

3 anggota APM selamat, bot hantar bantuan karam


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker