Kita gagal lindungi kanak-kanak Rohingya jadi pengemis – Azalina

Kita gagal lindungi kanak-kanak Rohingya jadi pengemis – Azalina

Kanak-kanak Rohingya tidak patut dipersalahkan menjadi pengemis kerana kita gagal melindungi mereka, kata Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said mengulas satu tweet hari ini.

Beliau merujuk satu video yang tular di media sosial baru-baru ini menunjukkan kanak-kanak Rohingya mengetuk pintu kereta secara agresif untuk meminta wang.

Video itu mendapat maklum balas negatif dan xenofobia daripada warganet kerana ramai mengecam tindakan agresif kanak-kanak itu dan identiti etnik mereka.

Azalina, yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, berkata kanak-kanak itu tidak patut dipersalahkan atas kegagalan negara menghalang mereka daripada dipergunakan sebagai pengemis.

“Kanak-kanak Rohingya tidak patut dipersalahkan apabila mereka hidup di jalanan.

“Kita gagal memberikan perlindungan mencukupi kepada mereka menjadi pengemis atas permintaan orang dewasa!”

Beliau turut mempersoalkan kewujudan Majlis Penyelaras bagi Perlindungan Kanak-kanak, merujuk Seksyen 32 (kanak-kanak tidak boleh dipergunakan untuk mengemis dan aktiviti haram) serta Seksyen 33 (meninggalkan kanak-kanak tanpa pengawasan munasabah) Akta Kanak-kanak 2001.

Menurut akta itu, majlis terbabit bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem pengurusan yang cekap dan berkesan di seluruh negara, menggabungkan saluran maklumat untuk melaporkan kes kanak-kanak yang memerlukan perlindungan, antara lain. FMT

Kita gagal lindungi kanak-kanak Rohingya jadi pengemis – Azalina


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker