Geng samun sasar mangsa pandu kereta mewah tumpas

Geng samun sasar mangsa pandu kereta mewah tumpas

Sasaran mangsa menaiki kereta mewah dan memakai barangan kemas dan menyamun mereka ketika mengisi petrol di stesen minyak di Lembah Klang.

Itu modus operandi geng penjenayah bersenjata parang dan mangsa terbaharu mereka seorang lelaki tempatan yang sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak stesen minyak Shell Mastiara, Jalan Kampung Batu di sini pada 19 Disember 2021.



Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pada hari kejadian, lebih kurang pukul 12.30 tengahari itu, mangsa sedang mengisi minyak kereta dan didatangi seorang lelaki menarik rantai leher emasnya sambil mengacukan sebilah parang.

“Mangsa terkejut dan bertindak melarikan diri menyebabkan suspek gagal menarik rantai mangsa namun suspek mengambil milik mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara barangan dan kenderaan suspek samun bersenjata parang yang dirampask polis.- Gambar Ihsan Polis IPD Sentul.Bagaimanapun, menurut Eng Lai, geng samun berparang itu akhirnya ditumpaskan polis.



Menurut beliau, hasil siasatan awal pihaknya mendapati suspek yang terlibat dipercayai seramai empat hingga lima orang menaiki kereta jenis Proton Wira berwarna hijau gelap dengan nombor pendaftaran PDX9929.

Tambah beliau, sepasukan polis telah membuat beberapa serbuan berdasarkan hasil risikan dan serbuan pertama telah dibuat pada 21 Disember 2021 di mana seramai dua orang lelaki telah ditahan manakala tujuh hari kemudian iaitu pada 28 Disember 2021 satu lagi serbuan telah dijalankan dan hasilnya seramai tiga lagi lelaki ditahan bagi membantu siasatan.

“Jumlah keseluruhan suspek yang berjaya ditahan oleh pihak polis kerana disyaki bertanggungjawab atas insiden samun di stesen minyak itu adalah seramai lima orang dalam serbuan di lokasi yang berasingan.



“Kesemua tangkapan tersebut berusia lingkungan umur 28 hingga 42 tahun dan hasil pemeriksaan terhadap mereka polis juga telah berjaya merampas dua bilah parang, sebuah motokar, tujuh buah telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah dompet milik mangsa, tiga keping kad Touch and Go dengan salah satunya adalah milik mangsa,” ujarnya.

Tegas Eng Lai, turut dirampas seunit spanar dan seunit allen key yang diubahsuai disyaki digunakan geng penjenayah berkenaan untuk mencuri kenderaan serta beberapa dokumen.

“Kesemua suspek yang ditangkap mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah lampau dan telah direman bagi membantu siasatan lanjut.



“Kini kesemua suspek diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh untuk siasatan lanjut. Susulan dari operasi yang dijalankan ini, polis berjaya menyelesaikan tiga kes samun yang dilaporkan di ibu negara dan dua lagi kes di kawasan Selangor. MG

Geng samun sasar mangsa pandu kereta mewah tumpas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker