Pecah rumah, belasah wanita dua beradik ditahan

Pecah rumah, belasah wanita dua beradik ditahan

Kota Bharu: Tindakan dua beradik yang berlagak samseng dengan memecah masuk sebuah rumah di Taman Sri Jelantang, Kubang Krian, di sini, sebelum memukul seorang wanita mengundang padah apabila mereka ditahan pihak polis, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita mendakwa rumahnya dipecah masuk selain dicederakan kedua-dua suspek dalam kejadian jam 3.45 petang, kelmarin.

Menurutnya, bertindak atas laporan berkenaan anggota berjaya menahan kedua-dua suspek berusia 31 dan 37 tahun itu di lokasi berbeza di sekitar Kota Bharu selain merampas dua telefon bimbit serta jam tangan milik mereka.

“Berdasarkan laporan diterima, dua beradik terbabit datang ke rumah mangsa menaiki kereta Perodua Myvi berwarna kuning sebelum memeras ugut dengan mengarahkan mangsa dan suaminya membuka pintu.

“Mangsa yang dalam ketakutan berdiam diri di dalam rumah namun salah seorang suspek tiba-tiba memecahkan tingkap rumah dan masuk ke dalam kediaman berkenaan.

“Tidak cukup dengan itu, mereka turut memukul mangsa menggunakan tangan dan topi keledar di bahagian kepala sehingga menyebabkan kecederaan iaitu bengkak di bahagian dahi dan kaki,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Shafien berkata, mereka turut merosakkan barangan di dalam rumah dan mengambil dua telefon bimbit yang berada di bahagian dapur serta bilik, selain cuba mencuri wang milik mangsa namun gagal.

“Hasil semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan penyalahgunaan dadah.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan kedua-dua beradik terbabit ditahan reman selama seminggu bermula hari ini sehingga 11 Januari bagi siasatan lanjut,” katanya. HM

Pecah rumah, belasah wanita dua beradik ditahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker