Ahmad Said bersyukur sekali lagi diberi amanah

Ahmad Said bersyukur sekali lagi diberi amanah

KEMAMAN: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bersyukur apabila sekali lagi diberi amanah sebagai Ketua UMNO Bahagian Kemaman dalam pemilihan UMNO bahagian itu bagi sesi 2023-2026, hari ini.

Ahmad yang menyandang jawatan itu selama 23 tahun berharap pelantikan tersebut akan mengukuhkan lagi UMNO bahagian itu.

“Terima kasih kepada semua perwakilan UMNO Bahagian Kemaman

“Tanpa anda semua siapalah saya. Mudah-mudahan UMNO Bahagian Kemaman akan terus diperkukuhkan, Insya-Allah,” katanya menerusi hantaran Facebook miliknya, malam ini.

Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal memenangi jawatan itu selepas mendapat sebanyak 401 undi.

Sementara pencabarnya, Datuk Seri Mohamed Rahim Hussin yang merupakan bekas Naib Ketua UMNO Bahagian itu pula memperoleh 286 undi.

Ahmad yang juga merupakan calon Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Kemaman sejak tahun 2000. Utusan

Ahmad Said bersyukur sekali lagi diberi amanah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker