UMNO Kelantan Tidak Pernah ‘Ikat’ Pas – Ketua Pemuda Negeri

UMNO Kelantan Tidak Pernah ‘Ikat’ Pas – Ketua Pemuda Negeri

KOTA BHARU: UMNO Kelantan tidak pernah ‘mengikat’ Pas negeri itu, sebaliknya ahli dan penyokong kedua-dua parti itu mahukan kepastian mengenai hubungan kerjasama antara mereka.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohd Noor, kepastian itu penting buat ahli UMNO di Kelantan untuk mengorak langkah dan perjalanan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).



Katanya, UMNO Kelantan mendukung institusi presiden dan berpegang kepada amanat Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang memutuskan tiada kerjasama dengan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRU15.
“UMNO Kelantan mahukan kepastian dalam hal ini dan bukannya untuk mengikat atau memberikan kata putus kepada rakan dalam Muafakat Nasional (MN) iaitu Pas,” katanya kepada Astro AWANI, malam tadi.

Jelas Noor Hariri, sebarang penyatuan atau perpisahan mestilah dibuat secara berhemah.

“Tidak sepatutnya mana-mana pimpinan Pas negeri membuat telahan kepada parti sekutu selagi belum kita lumatkan secara bermusyawarah, mengikut cara Islam yang sebenar.

“Mungkin Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar (Nik Abdullah) berasa tertekan dengan situasi yang dihadapi di pihaknya yang tidak pernah dialami selama ini, dengan berada dalam dua gagasan berbeza pada waktu yang sama,” jelasnya.

Menurut Hariri lagi, UMNO sendiri tidak dapat mengikat ahli Parlimen mereka dalam membuat sesuatu perkara, apatah lagi untuk mengikat Pas dalam membuat keputusan yang besar.



UMNO juga tidak pernah mencampuri urusan dalaman Pas dalam membuat keputusan, malah menghormati keputusan parti itu sekiranya mahu kekal bersama Bersatu, katanya.

“Tanggal 22 Januari nanti, kedua-dua pihak mesti menyatakan pendirian masing-masing secara berdepan supaya tidak timbul ‘soksek soksek’ (cakap di belakang) daripada ahli kedua-dua parti,” ujarnya.

Terdahulu Mohd Amar dilaporkan berkata UMNO Kelantan tidak boleh mengikat Pas untuk membuat pilihan antara Bersatu atau UMNO.

Katanya, syarat membabitkan pilihan yang dikemukakan UMNO itu tidak betul pada pandangannya.



Kenyataan itu bertitik tolak daripada pendirian UMNO sebelum ini yang tidak mahu menjalinkan kerjasama dengan Bersatu.

Di pihak UMNO, Pas dilihat mengutamakan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) sedangkan Pas masih lagi berada dalam MN yang dibentuk melalui piagam pada 2019.

Pada Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka lalu, UMNO bertanding bersendirian di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa penyertaan Pas sebagai rakan tahaluf siyasi mereka.

Bagi mendapatkan kepastian, UMNO Kelantan telah mengutus surat meminta pertemuan bersama pimpinan Pas Kelantan melalui surat yang dihantar kepada Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.



Pas bersetuju untuk mengadakan pertemuan itu pada 22 Januari depan.-AA

UMNO Kelantan Tidak Pernah ‘Ikat’ Pas – Ketua Pemuda Negeri

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker