Elon Musk miliki kekayaan lebih RM1 trilion

Sebaran :

NILAI bersih aset Elon Musk dianggarkan mencecah AS$304 bilion (RM1.27 trilion) selepas Tesla mengumumkan rekod tahunan penghantaran kenderaannya. – Hannibal Hanschke/Pool Photo

WASHINGTON – Anggaran nilai bersih aset Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk melonjak kepada lebih AS$304 bilion (RM1.27 trilion) kelmarin, lapor akhbar New York Post.

Kekayaan Elon Musk meningkat lebih AS$30 bilion (RM125.7 bilion) susulan kenaikan 13 peratus harga saham Tesla dalam dagangan Isnin lalu berikutan laporan penghantaran kenderaan yang melonjak.

Nilai bersih aset Elon Musk sebelum ini melebihi AS$300 bilion (RM1.257 trilion) iaitu pada November tahun lalu, demikian menurut majalah  berita Forbes. Beliau adalah orang pertama dalam sejarah yang mencapai kejayaan tersebut.

Musk adalah orang terkaya di dunia pada masa ini. Ketua Pegawai Eksekutif firma fesyen Perancis LVMH, Bernard Arnault menduduki tempat kedua dalam senarai Forbes, diikuti oleh Ketua Pegawai Eksekutif Amazon, Jeff Bezos di tempat ketiga.



Tesla menghantar 308,600 kenderaan pada suku fiskal keempatnya, dengan mudah melepasi unjuran penganalisis. Bagi tahun fiskal 2021, penghantaran pembuat kereta elektrik itu melonjak 87 peratus kepada 936,172 kereta elektrik. Kedua-dua jumlah suku tahunan dan seluruh tahun itu mewujudkan rekod syarikat yang baharu.

Penilaian pasaran Tesla mencecah kira-kira AS$1.2 trilion (RM5.03 trilion) berikutan kenaikan  saham terbarunya. – AFP

Elon Musk miliki kekayaan lebih RM1 trilion


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Myvi tahan lasak – Kecut Perut Lihat Pokok Tumbang Mengejut (Video)

LPPR bersih nama Azam Baki daripada salah laku pembelian saham


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.