Maut Angkara Buat Pusingan U Mengejut

Maut Angkara Buat Pusingan U Mengejut

HULU TERENGGANU: Seorang lelaki maut apabila kereta dipandu dirempuh kenderaan lain ketika membuat pusingan U mengejut di Kilometer (KM) 2 Jalan Ajil menghala Kuala Berang di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 petang itu, mangsa, Mohammad Zawawi Abdullah, 61, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati kenderaan pacuan empat roda berada di lorong kanan menghala ke Kuala Berang sebelum kereta mangsa yang berada di lorong sebelah kiri tiba-tiba masuk ke laluannya untuk membuat pusingan U.

“Keadaan itu menyebabkan pemandu Toyota Hilux tidak sempat mengelak dan menekan membrek lalu melanggar bahagian tepi sebelah kanan kereta mangsa sebelum ia terbabas ke kawasan berumput sebelah kiri jalan,” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Menurut Mohd Adli, pemandu Toyota Hilux tidak mengalami kecederaan, manakala mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.-SH

Maut Angkara Buat Pusingan U Mengejut

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)

Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker