Wanita berdepan risiko kematian lebih tinggi jika dibedah doktor lelaki?

Wanita berdepan risiko kematian lebih tinggi jika dibedah doktor lelaki?

Satu kajian mendapati pesakit wanita berdepan risiko kematian lebih tinggi iaitu kira-kira satu pertiga apabila menjalani pembedahan yang dilakukan oleh pakar bedah lelaki.

Lapor Daily Mail, kajian itu mendakwa pesakit wanita juga berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi selain berpotensi dimasukkan semula dan tinggal lebih lama di hospital apabila dibedah oleh doktor lelaki.



Bagaimanapun, hasil kajian itu tidak menunjukkan sebarang perubahan apabila doktor wanita melakukan pembedahan membabitkan pesakit lelaki.

Meskipun punca itu tidak dapat dipastikan, para saintis memberi amaran terhadap penemuan tersebut dan menggesa agar tindakan segera diambil.

Sekumpulan penyelidik dari Universiti Toronto di Ontario, Kanada mengkaji lebih 1.3 juta rekod pesakit yang membabitkan pembedahan dilakukan oleh kira-kira 3,000 pakar bedah.

Daripada jumlah semua pesakit wanita, seramai 93,000 orang dibedah oleh doktor wanita manakala 667,000 menjalani pembedahan dilakukan oleh pakar bedah lelaki.



Bagi semua pesakit lelaki pula, seramai 510,000 menjalani pembedahan oleh pakar bedah lelaki dan 50,000 lagi dibedah oleh doktor wanita.

Analisis data mendapati golongan wanita berdepan risiko kematian lebih tinggi iaitu 32 peratus apabila dibedah oleh lelaki berbanding wanita yang melakukan pembedahan mereka.

Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Jama Surgery. Utusan

Wanita berdepan risiko kematian lebih tinggi jika dibedah doktor lelaki?




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)



Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker