Adik guna akaun Azam: Ini bukan akaun Shopee – Fahmi

Adik guna akaun Azam: Ini bukan akaun Shopee – Fahmi

Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil menyelar kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki yang mendakwa akaun dagangan (trading) miliknya digunakan oleh adiknya bagi memperoleh saham dalam dua syarikat pada 2015.

Fahmi berkata akaun trading milik Azam itu bukan akaun Shopee yang boleh dipinjam oleh ahli keluarga.

“Ini bukan akaun Shopee yang boleh dipinjam oleh ahli keluarga.

“Kontroversi ini melibatkan nilai yang besar kerana saham itu jumlahnya berjuta ringgit. Kita ada undang-undang, akta dan mekanisme termasuk Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Saham untuk menjelaskan sama ada tindakan Azam satu kesalahan atau tidak,” katannya petik laporan Utusan Malaysia.

Pun begitu, apabila pengarah komunikasi PH berkongsi berita itu di akaun Twitternya, Shopee Malaysia mengulas ciapan Fahmi itu.

Platform e-dagang itu menegaskan bahawa akaun pengguna Shopee tidak boleh dipindah milik atau dikongsi dengan mana-mana pihak termasuk ahli keluarga pengguna terbabit.

“Tidak. Akaun Shopee juga tidak boleh dipindah milik atau berkongsi dengan ahli keluarga juga. Tidak, tidak, tidak,” kata ciapan balas itu.

Pada 5 Januari lepas, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki memberitahu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bahawa akaun trading miliknya digunakan oleh adiknya untuk memperoleh saham dalam dua syarikat pada 2015.

Pengerusi LPPR Abu Zahar Ujang berkata Azam hadir dalam pertemuan dengan lembaga itu pada 24 Nov lalu untuk memberikan penjelasan.

Saham itu telah dipindahkan kepada adiknya, Nasir Baki.

Abu Zahar berkata mereka berpuas hati dengan penjelasan Azam bahawa dia tidak mempunyai manfaat kewangan mahupun konflik kepentingan dalam pemerolehan saham tersebut. Mk

Adik guna akaun Azam: Ini bukan akaun Shopee – Fahmi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)

Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker