MCA gesa Azam tarik balik surat tuntutan terhadap wartawan

Sebaran :

MCA gesa Azam tarik balik surat tuntutan terhadap wartawan

MCA menggesa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki supaya menghentikan tindakan undang-undang terhadap wartawan penyiasat, Lalita Kunaratnam berhubung dua artikel yang ditulisnya mengenai pemilikan sahamnya dalam dua syarikat senaraian awam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jurucakap MCA Chan Quin Er berkata tindakan menyaman wartawan itu hanya akan memberi dampak buruk kepada Azam.

“MCA menggesa ketua pesuruhjaya SPRM menarik balik surat tuntutan yang dikeluarkan kepada wartawan itu. Berbuat demikian demi kepentingan ketelusan dan akauntabiliti awam akan membuktikan bahawa sebagai penjawat kanan kerajaan yang berjawatan tinggi, beliau tidak perlu menyembunyikan apa-apa.



“Meneruskan surat tuntutan terhadap wartawan itu hanya akan merugikan dirinya sendiri,” katanya..

Katanya, tindakan itu secara tidak langsung menggambarkan agensi penguatkuasaan anti-rasuah itu sebagai pendendam, dan jentera kerajaan memberi tekanan untuk menutup mulut sesiapa sahaja dalam isu melibatkan kepentingan awam.

‘Wartawan hanya jalankan tugas’

“Lalita hanya menjalankan tugasnya dengan melaporkan kepada pengetahuan umum kerana semua syarikat senaraian awam mesti menerbitkan dan menyerahkan laporan tahunan mereka yang menyenaraikan pemegang saham terbesar mereka selain mengadakan mesyuarat agung tahunan,” katanya.



Chan berkata, kewartawanan memainkan peranan penting dalam masyarakat bagi memastikan kebertanggungjawaban kerajaan.

“Di seluruh dunia, media diiktiraf sebagai tonggak keempat demokrasi, mengimbangi pengaruh dan mengawal eksekutif, perundangan dan kehakiman,” tambah Chan.

Katanya lagi, Azam berpeluang membersihkan namanya apabila dipanggil oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk menjelaskan pemilikan sahamnya.

“Memandangkan SC akan memanggil Azam Baki untuk menjelaskan kenyataannya mengenai pembelian saham menggunakan akaun yang didakwa milik adiknya, ini akan menjadi peluang untuk Azam membersihkan namanya dan memadamkan sebarang keraguan.



“Sekiranya SPRM dianggap merahsiakan sebarang urus niaga yang boleh dipersoalkan atau salah laku, kerja-kerja baik yang dilakukan oleh kakitangan SPRM lain dalam membanteras amalan rasuah semuanya akan terjejas oleh tindakan ini,” katanya.

Azam mengeluarkan surat tuntutan kepada wartawan Lalitha berhubung dua artikel kerana didakwa membeli berjuta-juta saham pada 2015.

Dia menuntut Lalitha memohon maaf dalam masa dua minggu dan membayar ganti rugi sebanyak RM10 juta kerana mencemarkan nama baiknya.

Azam mendapat perhatian selepas timbul dakwaan bahawa dia memiliki saham dalam dua syarikat pada 2015.

Menurut laporan tahunan Excel Force Bhd 2015, Azam memiliki 2,156,000 waran dalam syarikat berkenaan setakat 21 Mac 2016. Ketika itu, Azam adalah ketua pengarah bahagian siasatan SPRM. Mk

MCA gesa Azam tarik balik surat tuntutan terhadap wartawan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)

Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.