Caj RM600 sekali servis, 6 pelajar Afrika melacur ditahan

Caj RM600 sekali servis, 6 pelajar Afrika melacur ditahan

Menawarkan khidmat seks menerusi media sosial pada kadar mencecah RM500 hingga RM600 untuk satu malam merupakan taktik yang dikesan digunakan enam wanita warga Afrika dalam kegiatan pelacuran di kondominium mewah di beberapa lokasi di sini.

Dalam serbuan dijalankan lewat malam tadi di sebuah kondominium mewah, di sini, semua suspek yang berusia lingkungan 20-an didapati merupakan penuntut di sebuah universiti swasta di sekitar Taman Shamelin Perkasa dan Subang, Selangor.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Khairul Dzaimee Daud berkata, kegiatan pelacuran itu dipercayai beroperasi sejak tahun lepas menggunakan aplikasi WeChat dan Facebook untuk mencari pelanggan.

Beliau berkata, pelanggan perlu meyakinkan bahawa mereka tidak akan membocorkan rahsia kegiatan itu dan setelah diyakini mereka akan dianggap sebagai pelanggan eksklusif sekali gus menjadi pelanggan tetap.

“Kegiatan ini dijalankan di lokasi berbeza bergantung kepada permintaan pelanggan setempat dan dianggarkan mereka memperoleh RM7,000 sebulan,” katanya kepada pemberita selepas serbuan itu.

Khairul berkata, hasil siasatan mendapati lima wanita berkenaan memasuki negara ini menggunakan pas lawatan pelajar manakala seorang lagi menggunakan pas lawatan sosial.

Beliau berkata, serbuan itu turut menahan tiga lelaki warga Afrika dan seorang lelaki tempatan berusia 30-an dengan semuanya dipercayai pelanggan.

Katanya, semua wanita berkenaan akan direman di Depot Imigresen Putrajaya selama 14 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Sementara itu, seorang wanita yang ditahan turut dilihat berpura-pura pengsan dan sakit bagi meraih simpati pihak berkuasa. FMT

Caj RM600 sekali servis, 6 pelajar Afrika melacur ditahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)

Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker