Isu Azam Baki: Pemuda PAS beza pendirian dengan Takiyuddin

Isu Azam Baki: Pemuda PAS beza pendirian dengan Takiyuddin

Pemuda PAS tetap berpegang kepada keperluan kerajaan mengadakan siasatan terbuka terhadap Azam Baki sungguhpun PAS Pusat menegaskan ia berpuas hati dengan penjelasan pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) itu.

Ini berikutan penjelasan Azam berhubung pembelian lebih empat juta saham dan waran syarikat tersenarai awam oleh adiknya Nasir dengan menggunakan akaun dagangan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.



“Pandangan kami Dewan Pemuda dalam isu (ini) tetap sama seperti semalam,” kata Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari.

Beliau enggan mengulas lanjut mengenai perbezaan pendirian antara sayap itu dengan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berhubung isu berkenaan.

Semalam, Fadhli mendesak Putrajaya mengadakan siasatan secara bebas berhubung isu pemilikan saham bernilai jutaan ringgit yang dikaitkan dengan Azam.

Beliau juga mahu Azam “direhatkan” sehingga siasatan selesai dan namanya dibersihkan.



“Pemuda PAS memandang serius isu ini dan ia menjadi kewajipan kepada pihak kerajaan, terutama kepada pimpinan Perdana Menteri untuk mengambil langkah segera dan mengadakan siasatan secara bebas dan terbuka,” katanya.

Bagaimanapun, tidak lama selepas kenyataan Fadhli itu, Takiyuddin menyambut baik langkah Azam menafikan sebarang salah laku.

“Kenyataan terbuka Ketua Pesuruhjaya SPRM tersebut yang berupa penafian terhadap tuduhan berkenaan diharap dapat menghentikan tindakan beberapa pihak yang kelihatan sengaja membangkitkan isu seumpamanya bagi menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat,” kata Takiyuddin.

“Dengan ini juga, beban pembuktian terletak di atas pihak yang masih terus membuat dakwaan yang serupa bagi membuktikan segala tuduhan ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM berkenaan berasas, sekiranya tidak ia adalah sekadar tuduhan melulu,” katanya.



Isu pemilihan saham itu tercetus pada 14 Dis lalu apabila Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah mendakwa Azam adalah pemilik lebih empat juta saham dan waran dalam dua syarikat tersenarai sewaktu beliau merupakan Pengarah Siasatan SPRM antara 2015 dan 2016.

Tidak lama kemudian ahli ekonomi, Edmund Terence Gomez, meletak jawatan sebagai ahli panel SPRM selepas mendakwa panel itu tidak memberi perhatian sewajarnya kepada tuduhan terhadap Azam.

Pada sidang medianya kelmarin, Azam menegaskan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dengan membenarkan adiknya menggunakan akaun beliau untuk membeli saham berkenaan.

Beberapa peguam dan Ahli Parlimen menggesa Suruhanjaya Sekuriti menyiasat sama ada Azam melanggar undang-undang pemilikan saham kerana membenarkan adiknya menggunakan akaun dagangan sahamnya.



Isu Azam Baki: Pemuda PAS beza pendirian dengan Takiyuddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Wanita dakwa jumpa Rasulullah alami bipolar disorder (Video)



Michael Ang jadi penyanyi pulak, ini kata Fizz Fairuz



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker