Saya tak sebut nama Maszlee – Asyraf

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata beliau tidak menamakan siapa pun, termasuk bekas menteri pendidikan Dr. Maszlee Malik, ketika mendesak Putrajaya membetulkan kandungan yang didakwanya dimanipulasi dalam buku teks sejarah Tingkatan 4.

“Lihat pernyataan saya. Tidak ada satu perkataan pun yang menyebutnya (Maszlee) Saya hanya mengatakan bahawa kandungan buku teks Tingkatan 4 perlu diperbetulkan.

“Penulisan kandungan dalam buku teks ini dimanipulasi dan ia berlaku ketika Pakatan Harapan (PH) berada dalam pemerintahan,” katanya di forum maya malam tadi.

Asyraf mendesak kementerian pendidikan memperbetulkan beberapa kandungan dalam buku teks yang menurutnya memdewakan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Dia mendakwa ini sengaja dilakukan oleh PH ketika dalam pemerintahan untuk “menyemai benih” ideologi “Malaysia Malaysia”.- SM

Darurat & Parlimen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker