Peringatan kepada Mahathir

Peringatan kepada Mahathir

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad dikatakan sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk melampiaskan dendamnya terhadap UMNO yang pernah menjulangnya selama 22 tahun sebagai Presiden parti dahulu.

Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub mendakwa, Dr. Mahathir ingin membalas dendam terhadap Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana enggan membubarkan UMNO.

Menurut beliau, Ahli Parlimen Langkawi itu juga dihantui dengan semangat Bossku yang kekal dalam jiwa ahli-ahli UMNO walaupun selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipenjarakan.

“Kalaulah beliau mahu UMNO dihapuskan, jalan yang paling baik adalah dengan berdepan dan berlawan dengan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

“Gerakan Tanah Air (GTA) dijemput bertanding disemua kerusi yang UMNO bertanding dan kita serahkan kepada pengundi untuk membuat pemilihan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kelmarin, Dr. Mahathir berkata, pemenjaraan Najib dilihat tidak membersihkan UMNO daripada budaya rasuah dan parti yang kini dipimpin oleh Ahmad Zahid itu tidak lagi sama seperti yang disertai beliau dahulu.

Mustapha menambah, walaupun Dr. Mahathir bersama Pakatan Harapan (PH) telah mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada PRU14, beliau gagal menghancurkan UMNO bagi digantikan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau mendakwa, selama 22 bulan PH memerintah, Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri boneka yang akhirnya disingkirkan oleh pemimpin partinya sendiri.

“Dr. Mahathir menubuhkan Pejuang yang tidak ada semangat juang dan berakhir dengan kekalahan teruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor,” jelasnya.

Mustapha mengingatkan kepada Dr. Mahathir bahawa ahli-ahli UMNO tidak akan merelakan parti itu berkubur.

“Patah sayap bertongkat paruh namun mengalah tidak sekali. Pemimpin UMNO boleh bertukar ganti. Tetapi UMNO sebagai sebuah parti akan tetap dipertahankan,” katanya. MG

Peringatan kepada Mahathir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Lizzy bikin panas lagi

Dah halau dari Rembau, jangan halau dari KKM pula – Khairy

Pasangan kekasih ditemui mati dalam Perodua Kancil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker