UMNO hari ini memang lain, bukan lagi kuku besi – Razlan

UMNO hari ini memang lain, bukan lagi kuku besi – Razlan

UMNO hari ini memang sudah tidak sama dengan yang dahulu kerana UMNO hari ini bukan diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad seperti 22 tahun lalu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, UMNO hari ini mengamalkan keterbukaan pandangan dan tidak sanggup bertindak terhadap musuh sesama parti, tidak seperti yang berlaku pada zaman Mahathir.

“Mahathir kejam, sanggup memenjarakan musuh Presiden, UMNO hari ini bukan kuku besi dan UMNO hari ini jauh daripada politik nepotisme dan kronisme.

“Sekiranya berbeza pandangan, ISA senjata presiden, penjara tanpa bicara, baik musuh luar UMNO mahupun musuh dalam UMNO, semua yang memusuhi presiden akan di ISA kan.,” katanya seperti yang dipetik menerusi Facebooknya.

Beliau berkata, terlalu banyak perubahan demokrasi yang dilakukan oleh UMNO, walaupun ianya memakan diri.

“Untuk UMNO perbetulkan kesalahan selama 22 tahun Mahathir memerintah dengan kuku besi, UMNO merubah perundangan untuk rakyat melihat UMNO lebih terbuka, sekiranya Mahathir tidak lakukan tindakan kuku besi terhadap musuh, tidaklah ianya terjadi.

“Mahathir kata keluar parti kerana korupsi, apa alasan beliau keluar parti semasa zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi)?

“Kenapa apabila Pak Lah menang besar, berusaha membawa pembaharuan dan membetulkan kesalahan Mahathir lalu Pak Lah pula yang dipersalahkan?

“Dalam politik, cakap lain, buat lain, Itu Mahathir! “Menggunakan pengaruh demi kepuasan diri, apabila Pak Lah jatuh, Mahathir puas dan masuk semula dengan alasan kononnya beliau benar,” ujarnya lagi.

Tambah Mohd Razlan, Mahathir tetap Mahathir dan tidak pernah berubah kerana beliau akan mengambil tindakan sekiranya kroni beliau diusik.

“1MDB mengambil semua IPP di bawah jagaan kroni Mahathir, beliau marah, Proton mahu bailout (bantuan kerajaan) sebanyak RM1.2 bilion, Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak luluskan, itu sebab Mahathir ambil tindakan, bukanlah sangat sebab korupsi.

“Semua tahu dan maklum, (Tun) Daim Zainuddin, antara orang kanan yang banyak duit, banyak harta, pengaruh beliau besar.

“Duit digunakan untuk mencorakkan usaha yang dirancang dengan Mahathir untuk jatuhkan UMNO, selesai sahaja tugasan, habuan kontrak dan ratusan juta untuk kroni, di depan baik, di belakang merancang memonopoli hasil negara,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Razlan mendakwa, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan karakter yang diperalatkan oleh Mahathir kononya mencapai satu objektif.

“Bayangkan, sosok ini telah dipenjara oleh Mahathir, keluarganya hidup tanpa bapa dan suami, pun boleh ditipu oleh Mahathir.

“UMNO tetap UMNO, parti yang terus berubah demi kepentingan Negara, dasar dan kemajuan diteruskan demi kelangsungan pembanggunan negara, tidak kira apa orang nak kata, pembanggunan terus dirancang.

“Bukan macam Mahathir, 22 bulan memerintah, pembanggunan terbantut, kontrak ditamatkan, pekerja diberhentikan, semuanya dendam kesumat, kalau sewaktu itu masih ada ISA, mungkin semua Majlis Kerja Tertinggi UMNO sudah dipenjarakan,” katanya.

Jelas Mohd Razlan lagi, tindakan Mahathir tidak hanya itu, malah ketika menjadi Perdana Menteri ke-7, Mahathir telah menukar beberapa jawatan penting.

“Tukar Peguam Negara, Hakim Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan memasukkan semua kroni.

“Ketika itu, semua setuju, DAP, PKR dan Amanah kerana apa, habuannya mereka semua akan dijaga dan kes-kes semua digugurkan. “Pandai Mahathir guna kuasa, kuku besi kembali ke Malaysia,” katanya. MG

UMNO hari ini memang lain, bukan lagi kuku besi – Razlan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)

Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis

Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker