‘Sejak hilang, saya selalu doa mami selamat, tapi kecewa apabila tahu dia mati dibunuh…’

‘Sejak hilang, saya selalu doa mami selamat, tapi kecewa apabila tahu dia mati dibunuh…’

BATU PAHAT: “Sepanjang tempoh mami hilang selama lebih sebulan, setiap hari saya berdoa semoga mami selamat. Saya sangat rindukan mami, tetapi akhirnya sedih apabila dimaklumkan mami sudah tiada kerana mati dibunuh,” kata Muhammad Daiyan Aimar Fairuzizan, 10, sambil mengalirkan air mata dan menangis teresak-esak menyaksikan pengebumian Bella atau Mila Sharmila Samsusah, 32, semalam.

Muhammad Daiyan yang dijaga BellaBella yang dipanggilnya mami sebaik selesai pengebumian di Tanah Perkuburan Banang Jaya, Jalan Tanjung Laboh, petang semalam.

Muhammad Daiyan yang juga anak kepada kakak Bella, Norhisham,36, berkata sepanjang kehilangan wanita yang dianggap ibu kandungnya itu, dia kebingungan dan bimbang dengan keselamatannya.

“Sejak mami hilang, saya tidak pernah berhenti berdoa memohon mami selamat ditemui. Saya rindukannya dan tidak pernah berpisah lama dengan mami sejak kecil. Saya mahu berjumpanya tetapi akhirnya kecewa apabila dimaklumkan mami mati dibunuh.

“Mami jaga saya penuh kasih sayang, tidak pernah sesekali memukul saya. Apa saja yang minta, pasti mami tunaikan, tetapi kenapa ada orang bertindak begitu terhadapnya sampai saya kehilangan mami,” katanya sambil menitiskan air mata.

Semalam, teman lelaki Bella, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Batu Pahat, atas pertuduhan membunuh wanita itu.

Lelaki itu adalah suspek utama pembunuhan Bella selepas dia memandu arah polis ke lokasi penemuan rangka wanita itu di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, pada petang Jumaat lalu.

Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, Sabtu lalu, mengesahkan rangka itu milik Bella kerana ia sepadan dengan sampel diambil daripada ibu dan kakaknya.

Sementara itu, ditanya pesanan terakhir Bella kepadanya, Muhammad Daiyan yang juga murid Tahun Tiga itu berkata, maminya itu kerap memintanya tidak meninggalkan solat dan jangan nakal.

“Walaupun sejak kecil saya dijaga mami, tetapi dia selalu berpesan supaya saya dengar cakap ayah, ibu dan jangan nakal. Mami sangat baik dengan saya, sebab itu saya sedih apabila mami sudah tiada.

“Saya doakan Allah ampunkan semua dosa mami,” katanya.

Sementara itu, anak lelaki Bella, Eusof Abdul Fatah, 4, dan Maream Isabel, 2, kelihatan terpinga-pinga dan seakan sukar memahami apa yang berlaku ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan. BH

‘Sejak hilang, saya selalu doa mami selamat, tapi kecewa apabila tahu dia mati dibunuh…’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker