Aliff Syukri padam video lagu raya lepas kena kecam teruk

Aliff Syukri padam video lagu raya lepas kena kecam teruk

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri memohon maaf susulan sedutan klip video lagu raya terbaharunya yang telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

Menerusi perkongsian video di Instagramnya, Aliff atau nama sebenarnya Alif Syukri Kamarzaman, 37, meluahkan rasa kecewa kerana telah membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk penghasilan video raya namun orang ramai tidak menghargai karyanya.



Jelas Aliff, keadaan itu membuatkan dia putus asa sekaligus membuat keputusan memdam video tersebut di media sosialnya.

“Kepada mak saya, semua masyarakat yang melihat video saya itu, saya minta maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

“Ia memang membuatkan saya kecil hati, saya sudah buat susah-susah, puluhan ribu, penari, videographer tapi kamu semua tidak lihat lagi video klip itu sudah mengecam melampau-lampau.

“Saya putus asa, saya tak mahu bersedih, tak nak marah sesiapa, saya salahkan diri saya sahaja. Saya sudah “delete” video itu,” luahnya.



Dalam pada itu, Aliff turut mempertikaikan sikap segelintir netizen yang bersikap berat sebelah mengkritik video nyanyiannya biarpun ada pihak lain yang turut sama berbuat demikian.

“Padahal banyak lagi orang yang pelik-pelik dekat luar tapi tidak menjadi isu, tapi bila saya buat… tidak tahu lah” jelasnya.

Terdahulu, ibunya, Bonda Rozita dalam satu posting di Instagram, memberi nasihat kepada Aliff agar tidak menghina diri semata-mata untuk konten dan mengambil peluang yang ada semasa masih hidup untuk mencari ketenangan dan bertaubat.

Sebelum ini, Aliff memaklumkan tiada pelancaran lagu raya baharu pada tahun ini memandangkan komposer yang bertanggungjawab mencipta single tersebut tidak jujur apabila menyerahkan karya tersebut kepada penyanyi lain.



Nota: Rasanya ini semua gimik emak dengan anak setiap kali raya nak promosi produk masing-masing.

Aliff Syukri padam video lagu raya lepas kena kecam teruk

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Shidee yang ditahan polis

Safee Sali mengaku kahwin lain



Hans Isaac tak malukah – PN

Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker