Akmal pertahan MB Johor isu kesesakan di Tambak Johor

Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh mempertahankan tindakan Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi berhubung masalah kesesakan lalu lintas di Tambak Johor, sambil menegaskan pentingnya kuasa viral rakyat untuk “menoktahkan” isu terbabit.

“Rakyat Johor semua tahu bagaimana kegigihan menteri besar Johor turun sama ada pagi, petang atau tengah malam untuk melihat sendiri (masalah itu). Bukan hanya sekali (turun padang) tetapi banyak kali. Malah, masalah sama masih berlaku.

“Bila masalah sama berlaku walaupun sudah berulang kali dinyatakan, sudah tentu perlu dikejutkan dengan kuasa viral rakyat. Barulah menteri-menteri dan pegawai atasan tersedar daripada lamunan mimpi,” katanya di Facebook.

Ahad lalu, Onn Hafiz dalam satu hantaran di Facebook kecewa apabila 13 kaunter di laluan kereta di Tambak Johor, tidak dibuka kepada orang ramai sehingga menyebabkan kesesakan.

Beliau dipetik berkata perkembangan pengoperasian pintu sempadan negara di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) itu dilihat masih belum berada pada tahap kecekapan yang penuh.

Merujuk kepada teguran itu, Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bagaimanapun menggesa sebarang teguran kepada penjawat awam perlu dibuat berhemah dan jangan terlalu diuar-uarkan di media sosial sehingga tidak menggambarkan situasi sebenar.

Setiausaha Agung Cuepacs Abdul Rahman Mohd Nordin dilaporkan berkata, kakitangan di Tambak Johor telah bertungkus lumus menguruskan kemasukan rakyat Malaysia ke Singapura dan perjalanan sebaliknya.

Isu kesesakan di Tambak Johor itu turut mendapat perhatian Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendengar permasalahan itu dalam pertemuan dengan Onn Hafiz dan pihak berkaitan pada Selasa lalu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shidee yang ditahan polis

Safee Sali mengaku kahwin lain

Hans Isaac tak malukah – PN

Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker