Lindungi kegiatan haram: Pegawai Polis Kanan ‘dipayung’ oleh Pegawai Polis ‘lebih senior’

Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara baru-baru ini berkemungkinan besar tidak menjalankan aktiviti itu secara solo.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dalam sidang media di Putrajaya hari ini berkata pihaknya tidak menafikan bahawa pegawai itu tidak bergerak sendirian dalam menerima suapan dan melindungi kegiatan terbabit, selain disyaki wujud penglibatan pegawai polis yang lebih senior.

“Boleh jadi, kami sedang menyiasat hal itu,” katanya ketika ditanya adakah kes turut melibatkan pegawai kanan senior.



Azam berkata fokus siasatan ketika ini adalah mengenai jumlah wang yang telah diterimanya dan siapa yang memberikan suapan itu.

Sebelum ini, SPRM menahan seorang pegawai kanan polis dipercayai terbabit rasuah bagi melindungi aktiviti haram di sekitar Kuala Lumpur.

Lelaki berusia 40-an itu disyaki menerima suapan antara 2021 hingga 2024 daripada sindiket dalam bentuk tunai sebagai balasan melindungi aktiviti haram melibatkan perjudian, maksiat dan kumpulan gangsterisme di sekitar Kuala Lumpur.

Hasil penahanan ke atas suspek, SPRM turut menemukan sejumlah wang bernilai lebih RM1.2 juta hasil serbuan di beberapa premis milik suspek.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shidee yang ditahan polis



Safee Sali mengaku kahwin lain

Hans Isaac tak malukah – PN



Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker