Perak negeri pertama beri lesen memandu percuma

Mohd. Zolkafly (enam dari kanan) bergambar selepas merasmikan Program Penyerahan Lesen Motosikal Perak Sejahtera di OAOSC Bawong, Sungai Siput hari ini. – FOTO: MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Perak merupakan negeri yang pertama memberi lesen percuma lesen L yang berumur 18 tahun ke atas khususnya buat kelompok anak muda, golongan kurang berkemampuan (B40) termasuk orang kelainan upaya (OKU).

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Awam, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, seramai 600 peserta dari seluruh Perak berumur 18 tahun ke atas terdiri dariapada pelbagai bangsa telah diberikan lesen kelas L secara percuma.

“Perak merupakan negeri pertama yang memberi lesen percuma setelah mereka disahkan layak oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Pada hari ini seramai 600 orang peserta menerima lesen dan bakinya 1,571 orang pada akhir September atau awal Oktober setelah berjaya lulus dalam ujian bertulis nanti,” katanya pada sidang akhbar di Majlis Penyerahan Lesen Motosikal Perak Sejahtera di Dewan Orang Asli One Stop Centre (OAOSC) Kampung Bawong di sini hari ini.

Menurutnya Mohd. Zolkafly, program itu melibatkan beberapa buah daerah serta pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) di sana.

“Lebih kurang 23 DUN yang dapat kita berikan kepada mereka dan jika diikutkan tak cukup tetapi berdasarkan kelulusan setengah juta ringgit yang diluluskan di bawah program Rangsangan Ekonomi Perak Sejahtera, maka seramai 1,571 orang yang layak dipilih untuk menerima lesen L ini,” katanya.

Mengulas lanjut perkara itu, beliau berkata, program tersebut bergantung kepada peruntukan dan berkemungkinan akan diteruskan.

“Insha-Allah, kita akan kemukakan kepada kerajaan negeri ke dalam Bajet 2023 kelak. Kita akan cadangkan program ini untuk diteruskan lesen percuma khususnya kepada anak muda supaya tiada anak muda yang tidak memiliki lesen. Mereka bukan sahaja boleh bekerja malah boleh menjalankan perniagaan,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis Bongkar Sikap Jahat Bekas Suami (Video)

Bapa Puteri Balqis lapor polis isu gangguan seksual

Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker