Bapa Puteri Balqis lapor polis isu gangguan seksual

Bapa Puteri Balqis lapor polis isu gangguan seksual

Bapa kepada seorang pelakon remaja perempuan popular membuat laporan polis susulan aktres itu mendakwa bapanya melakukan gangguan seksual termasuk menyuruh menonton video lucah yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Difahamkan, pelakon itu mendakwa diganggu secara seksual oleh bapa kandungnya seawal usia lima tahun.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, lelaki terbabit telah membuat laporan polis berkaitan tuduhan itu di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah, semalam.

“Setakat ini, tiada laporan diterima berkaitan perkara itu di Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pelakon, Puteri Balqis membuat pendedahan yang sangat luar ‘biasa’ mengenai ayah kandungnya ketika ditemubual oleh ‘Bros Gang TV’ baru-baru ini.

Dia tengok pornografi macam kartun

Menurut Puteri Balqis, ayahnya seorang yang suka menonton filem lucah. Pernah suatu masa ketika di restoran, ayahnya membuka video lucah di hadapan rakan-rakan seolah menonton ‘kartun’. Lebih teruk, Balqis mendakwa ayahnya melakukan perbuatan onani di hadapannya dan ibu tatkala berada di rumah mahupun ketika mereka berada di dalam kereta.

Pasal pukul tu benda tu memang stick dengan Aqish. Bila lepak kedai mamak waktu nak tutup, dia akan buka porn kuat-kuat. Dia ajak Aqish tengok sekali. Masa tu umur Aqish lima tahun. Kalau saya masuk tandas, dia akan terus masuk. Orang tak tahu dia raba dan cium saya. Dia pernah cangkung dan raba saya.

Menerusi pendedahan Balqis, rata-rata warganet terkejut dan tidak menyangka remaja ini pernah melalui pengalaman yang ‘gelap’ ketika usianya masuk muda.

Bapa Puteri Balqis lapor polis isu gangguan seksual


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas

Siasat Rizal Mansor segera – Kadir

Anwar beritahu polis jangan ganggu Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker