Kami akan buka semula 15 kes digugur PH

Kami akan buka semula 15 kes digugur PH

Barisan Nasional (BN) akan membuka semula kes jenayah digugurkan di era pentadbiran Pakatan Harapan (PH) jika gabungan itu berkuasa semula, kata seorang pemimpin Umno.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Isham Jalil, berkata peguam negara pada waktu itu, Tommy Thomas telah bertindak menggugurkan pertuduhan kes mahkamah beberapa pemimpin PH sepanjang 22 bulan pentadbiran mereka.

Menurut Isham, ada perbezaan di antara tindakan PH terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak, yang telah dipenjarakan atas tuduhan rasuah.

“Datuk Najib tak pernah minta kes dia digugur. Dia cuma nak keadilan atau pun perbicaraan yang adil. Itu pun kita tak dapat,” katanya pada solidariti untuk Najib di Pekan, kawasan diwakili bekas perdana menteri itu.

“Saya nak cakap sikit pada mereka ni tuan-tuan. Bila kita menang pilihan raya esok, 15 kes yang PH gugurkan ini, kita akan buka balik tuan-tuan,” katanya yang disusuli laungan penyokong Najib yang hadir.

Najib dipenjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman ke atasnya termasuk denda RM210 juta dalam kes penyelewengan SRC International.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi ketika memberi keterangan dalam perbicaraan rasuahnya di Mahkamah Tinggi, pada 29 Ogos, bertegas PH yang menjadi kerajaan selepas pilihan raya umum (PRU) 2018, melakukan pendakwaan terpilih melalui Tommy.

Zahid ketika memberi keterangan dalam perbicaraan rasuahnya di Mahkamah Tinggi, berkata bekas perdana menteri Najib Razak, Bendahari Agung Umno Tengku Adnan Mansor, ketua penerangan Umno ketika itu, Ahmad Maslan dan 18 pemimpin lain parti itu didakwa di mahkamah.

Tetapi, katanya, peguam negara menggugurkan tuduhan terhadap 15 pemimpin PH, termasuk Ahli Parlimen Sungai Buloh Sivarasa Rasiah; Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim dan naib presiden PKR ketika itu, Rafizi Ramli. FMT

Kami akan buka semula 15 kes digugur PH


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid

Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker