Tahap sokongan kaum Cina: BN mengatasi PH

Tahap sokongan kaum Cina: BN mengatasi PH

Tahap sokongan kaum Cina kepada Pakatan Harapan (PH) adalah lebih rendah daripada Barisan Nasional (BN) pada bulan lalu kerana isu pendidikan dan kegagalan PH mengotakan janji.

Sumber dari PH dan juga penganalisis politik berpendapat tahap sokongan pengundi Cina terhadap PH menjunam kerana “sempadan” atau “bottom line” kaum itu mengenai soal pendidikan telah diceroboh.



Kesimpulan itu dibuat susulan pendedahan Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang yang juga Ahli Parlimen Tanjung Malim bahawa kajian mendapati tahap sokongan kaum Cina terhadap PH telah menurun.

Walaupun tahap sokongan PH adalah melebihi BN selama empat tahun, tetapi BN dikatakan memintas PH pada bulan lalu.

Kajian itu dilaporkan telah dibuat oleh pasukan yang diketuai oleh Timbalan Presiden PKR, Mohd. Rafizi Ramli.

Mengulas fenomena itu, sumber dari PH memberitahu China Press, perubahan tahap sokongan kaum Cina mempunyai kaitan dengan isu pendidikan dan kegagalan PH menunaikan janji-janji semasa menjadi kerajaan.



Isu itu termasuk kegagalan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), kegagalan memansuhkan tol seperti dijanjikan, isu peruntukan kepada Universiti Tunku Abdul Rahman, serta isu pengajaran tulisan Jawi.

Pemimpin PH juga berpendapat, kekecewaan pengundi Cina terhadap PH mendorong mereka mahu memberi peluang kepada BN.

Selain itu, disebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kurang melakukan kesilapan, keadaan ini juga mendorong peralihan sokongan.

Pemimpin PH berpendapat, kajian itu merupakan satu tanda amaran bahawa sokongan PH mungkin menurun jika pilihan raya diadakan dalam masa terdekat.



“Maklumat lanjut kajian itu perlu menunggu pembentangan Mohd. Rafizi dalam mesyuarat pimpinan tertinggi PH.

“Apapun, Keadaannya adalah sangat bahaya. Walaupun jika kami berjaya menguasai kawasan bandar, tetapi kehilangan sokongan di kawasan pinggir bandar akan menyebabkan kita gagal membentuk kerajaan peringkat Persekutuan,” kata seorang pemimpin PH yang enggan namanya disiarkan.

Kata sumber dari PH, fenomena peralihan sokongan memang wujud dalam pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri, tetapi tidak menyangka rasa tidak puas hati pengundi Cina terus “membakar.”

“Oleh itu, kami perlu menyediakan manifesto yang lebih dekat dengan rakyat untuk mendapat semula sokongan mereka,” katanya.



Sementara itu, penganalisis politik, Dr. Awang Azman Awang Pawi berpendapat, semua kajian pada peringkat ini masih terlalu awal untuk meramalkan keputusan pilihan raya kerana tarikhnya belum ditentukan.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan kemungkinan pengundi Cina sedang “memantau dan melihat.”

Katanya kepada China Press, fenomena “memantau dan melihat” itu bagaimanapun bermaksud kaum Cina tidak lagi menjadi penyokong tegar PH. MG

Tahap sokongan kaum Cina: BN mengatasi PH




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Karangan mengenai kemalangan, jadi kenyataan buat pelajar



Resepi Kuih Keria Antarabangsa Gula Melaka

Shila Amzah buat ‘perangai’ lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker