Bakal pengantin dicekup berkhalwat

Bakal pengantin dicekup berkhalwat

Sungai Petani: Bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan Oktober ini dicekup berkhalwat di hotel di sini, hari ini.

Pasangan yang berasal dari Serdang, Bandar Baharu itu dicekup pada 1 pagi oleh anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM).



Perempuan berusia 19 tahun itu turut memberi alasan sanggup mengambil cuti sakit semata-mata untuk meraikan sambutan Ambang Merdeka malam tadi bersama tunangnya yang berusia 23 tahun.

Bagaimanapun tindakan mereka menyewa di hotel bajet mengundang padah meskipun memberi alasan sudah dua tahun bertunang dan bakal berkahwin.

Mereka antara lima pasangan yang ditahan di beberapa hotel bajet di daerah ini ketika operasi dilakukan anggota penguatkuasa PADKM, anggota polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Muda, Cawangan Penyiasatan Khas, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Skuad Badar.

Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd Noor Ismardi Ismail berkata, operasi 12 tengah malam hingga 5 pagi itu turut menahan lelaki, 20, yang bersembunyi di atas siling.



Beliau berkata, sebaik pintu bilik hotel dibuka, didapati wanita berusia 20-an yang mengaku berseorangan.

“Namun selepas pemeriksaan lanjut, kita dapati teman lelakinya bersembunyi di siling sebelum memintanya turun.

“Mereka gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai sebarang hubungan suami isteri atau mahram sehingga menimbulkan syak mereka berkhalwat.

“Kelima-lima pasangan itu yang berusia antara 19 hingga 40 tahun itu kemudian dibawa balai polis berhampiran,” katanya di sini, hari ini.



Mohd Noor berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah (EKJSK) 2014. HM

Bakal pengantin dicekup berkhalwat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air



Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker