Mana Ezad Lazim? Peminat Tanya Konsert Resolusi Exists Hanya Tampil 3 Vokalis…

Mana Ezad Lazim? Peminat Tanya Konsert Resolusi Exists Hanya Tampil 3 Vokalis…

KETIADAAN Ezad Lazim menerusi Konsert Resolusi Exists yang dijadualkan berlangsung pada 18 November depan menjadi tanda tanya memandangkan penyanyi itu antara vokalis paling dikenali peminat selepas Mamat.

Menjawab persoalan itu, pemain bass Exists iaitu Musa menjelaskan ketiadaan Ezad dalam konsert itu bukan disebabkan isu perselisihan faham sebaliknya penyanyi berkenaan sudah terikat dengan komitmen lain.



Malah kata Musa, gitasi Exists iaitu Shah turut tidak dapat menyertai konsert itu nanti.

“Sudah tentu kita mahu semua ahli turut serta tetapi disebabkan terikat dengan komitmen lain, impian untuk melihat semua anggota Exists berkumpul tidak kesampaian.

“Sebenarnya ini bukan konsert reunion dan Ezad tidak dapat bersama kerana terikat dengan kontrak showcase yang lain.



“Jika kita mahu tunda konsert ke tahun hadapan, perkara itu pula tidak mendapat persetujuan penganjur yang meminta ia diadakan tahun ini juga,” jelasnya kepada mStar.

Konsert Resolusi Exists akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada pukul 9 malam dan akan menampilkan tiga vokalis yang pernah menyertai kumpulan tersebut iaitu Mamat, Pasha dan Eiz

Selain Musa dan Mamat, Exists turut dianggotai oleh Ajai, Along dan Ujang.



Sementara itu, Musa berkata, atas persetujuan semua pihak, Exists memilih Eiz dan Pasha yang merupakan anak didik kepada komposer terkenal, Ajai.

Kata Musa, gandingan ketiga-tiga vokalis itu dipercayai mampu memberikan persembahan luar biasa apatah lagi Eiz sendiri sudah beberapa tahun mengadakan persembahan bersama Exists.

“Kami sebenarnya bimbang dengan tahap kesihatan Mamat dan risau sekiranya dia tidak mampu bertahan sepanjang dua jam konsert berlangsung.

“Setidak-tidaknya dengan kemunculan Eiz dan Pasha, mereka boleh menjadi penguat konsert itu nanti apatah lagi masing masing berpengalaman mengadakan persembahan pentas bersama kami,” jelasnya.



Tambah Ajai pula, dia yakin kemunculan Pasha dan Eiz mampu memberi kelainan pada konsert itu nanti selain menjadikan Mamat sebagai ‘muka depan’ kumpulan itu.

“Eiz merupakan anak didik Along manakala Pasha adalah anak didik saya. Kedua-dua mereka memenuhi kehendak Exists.

Kemunculan mereka nanti boleh menjadi daya penarik peminat generasi baharu dan mampu membawa perbezaan berbanding persembahan Exists yang lain,” jelasnya.



Dalam pada itu, Pasha dan Eiz memberitahu mereka giat menjalani latihan bagi memastikan dapat menyanyikan lagu-lagu popular kumpulan itu dengan baik serta tidak akan menghampakan penonton.

Pun begitu, mereka juga sedar tanggungjawab itu bukan tugas mudah selain sudah sedia sekiranya ada pihak yang membuat perbandingan diri mereka dengan vokalis asal.

“Masing-masing ada karakter tersendiri dan sama juga dengan kami. Insya Allah kami akan bawakan lagu-lagu Exists dengan cara kami tersendiri,” kata Pasha.

Persembahan yang dijangka berlangsung selama dua jam itu bakal menyaksikan ketiga-tiga penyanyi itu mendendangkan lagu seperti Janji Padamu, Rahsia Pohon Cemara, Untukmu Ibu, Langkah Seiring, Mengintai Dari Tirai Kamar, Alasanmu dan Mencari Alasan.



Dibawakan oleh ImagineX tiket konsert boleh didapati di www.ticket2u.com.my pada harga RM190 (Bronze), RM230 (Silver), RM290 (Gold), RM330 (Platinum) dan RM800 (Box Meet & Greet).mSTAR

Mana Ezad Lazim? Peminat Tanya Konsert Resolusi Exists Hanya Tampil 3 Vokalis…

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker