Sungguh melucukan bila Bersih selar Azalina – Asyraf Wajdi

Sungguh melucukan bila Bersih selar Azalina – Asyraf Wajdi

Kecaman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Pakatan Harapan (PH) terhadap Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said kerana mencadangkan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menukar Peguam Negara dianggap ‘sungguh melucukan’.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki turut mempersoalkan gesaan mereka agar orang ramai menghormati badan kehakiman.



“Jangan lupa 22 bulan PH memerintah, apa yang mereka lakukan terhadap sistem kehakiman dan institusi perundangan negara,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.

Ketika berucap dalam sesi taklimat khas Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur Sabtu lalu, Azalina berkata, sesiapa pun yang dilantik menjadi Perdana Menteri mesti melantik Peguam Negara dalam kalangan orang beliau.

Semalam, Pengerusi Bersih, Thomas Fann dilaporkan berkata, kenyataan Azalina yang juga Penasihat Undang-Undang Perdana Menteri itu, tidak selari dengan pendiriannya tahun lalu yang mempertahankan pemisahan kuasa dan menolak campur tangan eksekutif dalam kehakiman.

Asyraf Wajdi mengingatkan kembali tentang beberapa dakwaan berlaku campur tangan dalam sistem kehakiman oleh kerajaan PH dahulu.



Antaranya, tindakan Majlis Penasihat Kerajaan memanggil Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan ketika itu dan mendesak mereka meletak jawatan.

Selain itu, beliau mendakwa terdapat usaha melobi Tan Sri Richard Malanjum untuk dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang kemudiannya berkempen untuk PH+ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah setelah bersara.

Asyraf Wajdi turut mendakwa kerajaan PH secara tidak sah memecat Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum digantikan dengan Tan Sri Tommy Thomas.

Beliau menambah, kerajaan PH juga melantik pemimpin kanan PKR, Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).



” Jadi…. PH dan Bersih masih berani menyeru orang lain supaya menghormati jawatan Peguam Negara dan badan kehakiman?” soalnya. MG

Sungguh melucukan bila Bersih selar Azalina – Asyraf Wajdi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Roti Gardenia naik harga lagi

PN ada kelebihan – Shabery



Warkah Najib dari Penjara Kajang, suasana Dewan Merdeka hiba

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker