Lelaki samun, belasah wanita ditahan tak sampai 24 jam

Lelaki samun, belasah wanita ditahan tak sampai 24 jam

SEORANG lelaki yang bertindak mencedera dan menyamun seorang wanita di hadapan lif sebuah pangsapuri di Jalan Metro Perdana, Kepong ditahan pada petang semalam.

Suspek ditahan kurang 24 jam selepas mangsa berusia 28 tahun membuat laporan polis pada pukul 2.32 pagi semalam.



Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, mangsa sedang berjalan keluar dari lif sebelum suspek menekup muka dan menarik mangsa ke tepi tangga dalam kejadian pukul 12.45 pagi.

Beliau berkata, suspek juga menumbuk muka mangsa secara bertubi-tubi sehingga menyebabkan pendarahan di hidung dan bengkak di muka.

“Suspek kemudian menekup mulut mangsa sehingga pengsan lalu membawa lari wang tunai bernilai RM150,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan kejadian itu, mangsa menerima rawatan dan ditahan di wad Hospital Kuala Lumpur.



“Pegawai perubatan mengesahkan mangsa mengalami kesan bengkak di bahagian muka dan pendarahan dalam kedua-dua belah mata,” katanya

Eng Lai berkata, suspek dengan bangsa tidak pasti berusia 35 tahun berjaya ditahan pada pukul 4 petang.

Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing ialah negatif.

“Suspek ditahan reman lima hari sehingga Khamis dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.



Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini untuk menyalurkannya dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222. Utv

Lelaki samun, belasah wanita ditahan tak sampai 24 jam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung

Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]



Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker