Mee Sotong Merdeka percuma

Mee Sotong Merdeka percuma

GEORGE TOWN – Seorang pengusaha gerai Mee Sotong Sambai memilih mempromosikan hidangan tiga generasi itu secara percuma dengan pembelian minimum satu bungkus hari ini sempena meraikan Hari Kemerdekaan ke-65 Rabu ini.

Mohamad Ghazali Haribu Mohd. Ariff, 35, berkata, dia memilih pendekatan berbeza buat julung kalinya tahun ini dengan menawarkan hidangan ‘Mee Sotong Merdeka’ untuk pelanggannya selama sehari di Kompleks Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Padang Brown di sini.

Menurutnya, tujuan utama adalah bagi membangkitkan semangat kemerdekan selain menyatukan perpaduan antara pelanggan berbilang kaum.

“Pelanggan hanya berpeluang menikmati promosi istimewa beli satu dan percuma satu ini selama tiga jam bermula pukul 4 hingga 7 petang ini. Harga jualan bagi sebungkus mi adalah RM7.

“Pelanggan bertuah akan berpeluang menikmati hidangan mee goreng tiga rasa yang sudah diperkenalkan sejak tujuh dekad lalu, bermula tahun 1947,” katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, Mohamad Ghazali memberitahu lagi, promosi merdeka ini juga bertujuan memberi peluang kepada pelanggan kategori B40 merasai kenikmatan mi generasi tersebut.

“Sekiranya mendapat sambutan yang menggalakan daripada pelanggan terutama B40, program ini sedia dipanjangkan masa dan harinya pada sambutan Hari Kemerdekaan tahun depan,” tambahnya. K Online

Mee Sotong Merdeka percuma


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung

Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]

Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker