Wira Op Daulat, Senior Asisten Komisioner (B) Zulkiflli Abd Aziz meninggal dunia

TELUK INTAN: Bekas Ketua Staf Perisikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang terbabit dalam misi risikan ketika Op Daulat meninggal dunia malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri ketika dihubungi berkata, Allahyarham Senior Asisten Komisioner (B) Zulkiflli Abd Aziz, 64, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan, dekat sini pada jam 9.40 malam tadi.

Sementara itu, sumber yang juga ahli keluarga Allahyarham berkata, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Durian Sebatang, di sini pada tengah malam ini.

Zulkiflli memulakan perkhidmatannya di Cawangan Khas sehingga jawatan terakhirnya sebagai Ketua Staf Perisikan ESSCOM dan bersara wajib empat tahun lalu.

Beliau adalah watak penting ketika Op Daulat kerana menyalurkan maklumat mengenai aktiviti penyelinapan pengganas Sulu di Lahad Datu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Berkat jasa beliau, polis berjaya mengesan dan menangkap pengganas Sulu dan ada antara mereka sudah dijatuhkan hukuman.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul-Puteri Sarah berdamai, tetap kawan baik walaupun bercerai

Tan Sri Syed Mokhtar cium tangan PMX jadi bualan netizen [VIDEO]

Artis cantik Indonesia Ita Rahma mengaku telanjang dalam filem hantu

Kes siasatan terhadap Mahathir lengkap, kini ditangan peguam negara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker