Resepi Udang Galah Masak Lemak

Resepi Udang Galah Masak Lemak

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi menu makan utama yang agak mewah. Resepi masak udang masak lemak ini merupakan sebuah masak lemak yang sangat berbeza dengan udang masak lemak cili api.

Ini kerana didalam resepi asal ia tidak mempunyai sebarang cili, ia juga menggunakan buah keras yang lazimnya digunakan dalam masakan Indonesia untuk memekatkan kuahnya. Tambahan pula ia mempunyai aromanya yang tersendiri.



Namun begitu masak lemak udang galah ini mengandungi bahan-bahan yang biasa terdapat dalam masakan melayu, seperti bawang, serai dan beberapa bahan lain. Mari lihat apakah bahan-bahan dan sukatan yang diperlukan untuk menghasilkan masak lemak udang galah ini.

Bahan utama

Udang galah ½ kilo (10-15 ekor)
Bahan-bahan tumbuk/kisar
Bawang merah 4-5 ulas/Bawang besar ½ biji
Bawang putih 3 ulas
Halia ½ inci
Lengkuas ½ inci
Kunyit hidup/1 sudu teh serbuk kunyit
Buah keras 1 @ 2 – untuk pekatkan kuah
Cili api segenggam (pilihan)
Serai 1-2 batang (tumbuk pecah)

Bahan lain



Santan 200ml
Garam secukup rasa
Sedikit gula

Kaedah

Mula-mula bersihkan udang, buang apa yang perlu, perasakan dengan garam dan kunyit sedikit, asingkan.
Tumiskan bahan yang telah ditumbuk/kisar bersama serai yang ditumbuk pecah.
Apabila telah naik bau, masukkan santan dan kacu sehingga ia sebati.
Tambah sedikit air jika perlu, garam, serbuk perasa dan gula jika perlu. Kemudian masukkan udang dan masak sehingga naik minyak.
Siap.

Masakan ini sangat sedap,namun oleh kerana resepi asal tidak menambah sebarang cili, Madam telah mengubahsuai dengan tambahan cili api segenggam. Manakala jenis udang galah yang digunakan pula ialah jenis besar, namun anda juga boleh menggunkan jenis biasa. Santan dan buah keras benar-benar menghasilkan kuah yang berlemak hingga menghasilkan minyak.



Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Udang Galah Masak Lemak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Resepi Terung Berlado Thai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker