Najib cabar Rayer bawa pakar cukai

Najib cabar Rayer bawa pakar cukai

Petang tadi, Jelutong saran dalam Dewan Rakyat supaya saya jangan gunakan kedudukan saya untuk buli kakitangan LHDN berkenaan salah guna kuasa dan penggunaan dokumen palsu mengenai bayaran cukai terhadap saya.

Kedudukan apa yang saya salah gunakan?

Dan buli apa pula?

Saksi dah ada. Pengakuran dan pemberi maklumat dah ada. Dokumen dah ada. Polis sendiri yang tentukan bahawa ianya kes memalsukan dokumen – bukan saya.

Saya juga nak buat open invitation kepada Rayer untuk bawa pakar-pakar cukai dia untuk bincang dengan peguam dan pakar cukai saya untuk tengok sendiri jika pengiraan taksiran cukai terhadap saya itu sah atau tidak.

Ada berani?

Oh.. satu lagi. Soalan yang saya kemukakan pada Jelutong 10 bulan dahulu (dan dikongsi semula beberapa kali oleh saya) berhubung siapa adalah penyamun pun Jelutong tak pernah jawab.

Harap Jelutong baca dan jawab kali ini:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157483343645952

Najib Razak

Najib cabar Rayer bawa pakar cukai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat LHDN selepas Najib dakwa salah guna kuasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker