Bill Gates Dakwa Ada Cara Untuk Tamatkan Wabak COVID-19

Sebaran :

Bill Gates Dakwa Ada Cara Untuk Tamatkan Wabak COVID-19

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan bahawa pandemik COVID-19 mampu dikendalikan seawal Mac 2022 jika imunisasi global berada di tahap tertinggi. Marie Neira, Pengarah Jabatan Kesihatan Awam, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim WHO berkata bahawa dua tahun adalah tempoh yang ditetapkan institusi kesihatan global bagi mengeluarkan dunia dari masalah yang sudah dihadapi sejak awal tahun 2020.

Namun masalah yang dihadapi oleh WHO kini adalah penyediaan vaksin di beberapa negara berada di tahap yang membimbangkan. Kekangan ketaksamaan dalam pengedaran vaksin COVID-19 di peringkat global akan membantutkan usaha WHO untuk mengembalikan dunia kepada keadaan asal.

Pengasas Microsoft dan juga jutawan dunia, Bill Gates yang sebelum ini telah menyuarakan beberapa pendapat mengenai wabak COVID-19 menyatakan bahawa Yayasan Gates mempunyai jalan penyelesaian untuk dunia kembali pulih dari wabak yang melanda dunia sejak awal tahun lalu.



Dalam satu laporan yang diterbitkan kepada umum oleh yayasan beliau, Gates menegaskan bahawa jalan akhir untuk melawan COVID-19 belum lagi tiba dan beliau mencadangkan satu jalan keluar dengan membina satu fasiliti atau kilang yang mampu menghasilkan dos vaksin yang cukup untuk semua orang.

“Satu-satunya penyelesaian sebenar untuk masalah ini ialah memiliki kilang yang dapat menghasilkan dos vaksin yang cukup untuk semua orang dalam 100 hari. Ini dapat dilaksanakan,” kata Gates sambil menambah bahawa mereka yang memiliki kekurangan adalah kumpulan yang paling teruk terjejas dan paling lambat untuk pulih.

Kenyataan Gates ini ada benarnya. Melalui data yang dikeluarkan oleh WHO, sejak 14 September lalu negara Afrika hanya menerima 2% dari jumlah vaksin yang diberikan di seluruh dunia. Dalam konteks ekonomi, ketaksamaan dalam pengedaran vaksin ini boleh memberi kesan buruk kepada negara berpendapatan rendah jatuh ke lembah kemiskinan seawal tahun 2030.

Mark Suzman, Pengarah Eksekutif Yayasan Gates pula berkata liputan meluas kadar vaksin di negara-negara maju telah memberi kelebihan kepada negara tersebut untuk keluar dari masalah ekonomi lebih awal. Manakala negara berpendapatan rendah atau sederhana pula akan mengambil masa yang panjang untuk pulih dari kesan ekonomi yang memburuk akibat wabak COVID-19.



Laporan itu juga mendapati bahawa pandemik COVID-19 juga telah memberi kesan kepada jurang pendidikan buat kanak-kanak yang berada di negara membangun dan miskin serta memberi kesan kepada ketaksamaan dalam akses ke sistem perkhidmatan kesihatan.

Bill Gates meminta para pemimpin dunia untuk segera melakukan pelaburan bagi mengembangkan dan mengedarkan vaksin ke seluruh dunia. Dia juga meminta agar fasiliti kesihatan awam di negara berpendapatan rendah ditingkatkan jika mahu dunia kembali kepada asal. Vc

Bill Gates Dakwa Ada Cara Untuk Tamatkan Wabak COVID-19


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Biarlah Mahathir terjun dengan labu-labunya


Sebaran :

Leave a Reply