Adakah SPRM selamat, selepas 3 pegawai SPRM didakwa curi barang kes

Adakah SPRM selamat, selepas 3 pegawai SPRM didakwa curi barang kes

Banyak yang perlu diperbaiki terhadap institusi keadilan negara, kata seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, selepas tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) direman atas dakwaan mencuri barang kes dalam siasatan membabitkan seorang bekas ketua jabatan.

Puad Zarkashi menegaskan Ahli Dewan Rakyat wajar menuntut ketelusan SPRM dalam menjalankan fungsinya, namun hairan reformasi institusi terhadap agensi berkenaan tiada dalam butiran memorandum persefahaman (MoU) transformasi dan kestabilan politik yang dimeterai antara kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan.



“Banyak perkara perlu dibaiki terhadap institusi keadilan negara. Umno sendiri kemuka writ saman terhadap polis kerana mendakwa RM40.3 juta duit parti yang disita telah hilang.

“MP (Ahli Parlimen) wajar menuntut ketelusan SPRM. Tetapi dalam MoU kerajaan-PH reformasi institusi terhadap SPRM tidak ada dalam senarai. Kenapa?,” soalnya dalam catatan di Facebook.

Puad juga hairan mengapa penahanan pegawai SPRM itu tidak dihebahkan kepada umum, dan hanya dimaklumkan selepas tempoh reman tamat.



“Memang pelik, SPRM keluar kenyataan media, tiga pegawai kanannya direman hanya setelah tempoh reman pada 14-19 Sept tamat.

“Dalam tempoh tersebut tiada berita dan tiada gambar mengenai penahanan mereka, apatah lagi punca mereka direman. Kalau pesalah lain pasti gambar baju oren bergari akan tersiar,” katanya.

Justeru, beliau mendakwa kemungkinan wujud elemen “cover up” terhadap suruhanjaya berkenaan.

“Apakah ada ‘cover up’. Apatah lagi duit curi sepatutnya PDRM yang siasat bukan siasatan dalaman oleh SPRM. Persoalannya apakah SPRM selamat?,” katanya.



Blog Edisi Siasat sebelum ini mendakwa bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid cuba menuntut semula wang tunai USD6 juta (RM25.1 juta) yang disita dari sebuah apartmen di Cyberjaya, selepas dia dilepas tanpa dibebaskan dalam kes pecah amanah jenayah terhadapnya pada April lalu.

Menurut blog itu, Hasanah mendakwa sebahagian wang berkenaan hilang dan digantikan wang palsu. Dia juga dilaporkan membuat laporan mengenai perkara itu. FMT

Adakah SPRM selamat, selepas 3 pegawai SPRM didakwa curi barang kes


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Jangan tunggu lagi, wajibkan penggunaan ‘pulse oximeter’ – gesa Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker