Terimalah kenyataan, kamu bukan satu-satunya parti India – Puad

Terimalah kenyataan, kamu bukan satu-satunya parti India – Puad

Seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menggesa supaya MIC menerima kenyataan bahawa ia bukanlah satu-satunya parti politik yang mewakili komuniti India.

Sambil menggesa parti komponen Barisan Nasional (BN) itu menyokong Parti Makkal Sakti Malaysia, Puad Zarkashi berkata kepentingan gabungan itu harus menjadi keutamaan yang mengatasi segala-galanya dan sebab itu, wajar untuk mereka mengalu-alukan kehadiran parti baharu ke dalam BN.

“MIC kalau komited kepada demokrasi mesti meraikan kepelbagaian. Jangan sekat sokongan masyarakat India kepada BN melalui parti lain seperti Makkal Sakti, MIUP dan IPF,” katanya yang merujuk Parti India Bersatu Malaysia dan Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia.

Puad mengulas kenyataan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi apabila gabungan itu akan memberi tempat untuk Makkal Sakti bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Makkal Sakti, parti mewakili kaum India yang diasaskan oleh bekas pemimpin Pasukan Tindakan Hak Hindu (Hindraf) bukan sebahagian parti komponen dalam BN walaupun telah bertahun-tahun menyokong gabungan itu.

Sebelum ini, MIC dikatakan menyekat cubaan untuk parti-parti mewakili komuniti India yang lain untuk menjadi komponen BN, dengan menggunakan kuasa veto di bawah sistem konsensus di mana ia memerlukan persetujuan daripada semua parti komponen sebelum parti lain dibenarkan menyertai BN.

Puad berkata BN memerlukan segala sokongan yang diperlukan untuk kembali berkuasa.

“MIC mesti berpijak di bumi nyata dengan memudahkan BN meraih sokongan, menambah keanggotaan dan berganding bahu dengan pihak lain.”

Beliau juga berkata, Makkal Sakti telah menunjukkan kesetiaan dan kesabaran mereka dengan menjadi rakan sekutu selama 13 tahun.

“Di saat BN hilang kuasa pada PRU ke 14, Makkal Sakti tidak lari daripada BN seperti Gerakan, PBS, Upko dan lain-lain. Makkal Sakti kekal mendokong BN walau hanya berstatus ‘friends of BN’,” katanya.

Puad berkata beliau percaya bahawa presidennya Makkal Sakti RS Thanenthiran juga perlu dilantik sebagai senator.

Zahid mengeluarkan kenyataan mengenai Makkal Sakti sebulan selepas Umno mempersoalkan kesetiaan MIC ketika parti Melayu itu berdepan isu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) yang mana pada Ogos lalu ia menegaskan MKT Umno hanya berfungsi sebagai ‘caretaker’ berikutan tempoh pemegang jawatan bagi penggal mereka telah tamat pada 30 Jun lalu dan tidak boleh membuat sebarang keputusan.

Presiden MIC SA Vigneswaran kemudiannya menggesa supaya Zahid digantikan dengan pengerusi BN yang baharu, sekali gus mencetuskan kritikan daripada pemimpin kanan Umno. FMT

Terimalah kenyataan, kamu bukan satu-satunya parti India – Puad


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jangan tunggu lagi, wajibkan penggunaan ‘pulse oximeter’ – gesa Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker