Jangan tunggu lagi, wajibkan penggunaan ‘pulse oximeter’ – gesa Najib

Jangan tunggu lagi, wajibkan penggunaan ‘pulse oximeter’ – gesa Najib

Penggunaan peralatan ‘pulse oximeter’ perlu diwajibkan kerajaan bagi mengelak kematian akibat ‘happy hypoxia’, sekaligus mengelak peningkatan kematian di luar hospital (BID), kata Najib Razak.

Beliau mengalu-alukan inisiatif diumumkan kerajaan hari ini mengenai Pakej Penjagaan Covid-19 (PPC) kepada keluarga B40 membabitkan peruntukan RM471.6 juta diumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, yang dilihat mampu melindungi golongan itu daripada virus berkenaan.



“Akhirnya, dibuat juga benda ‘simple’ (mudah) macam ini yang mampu menyelamatkan ramai nyawa dengan menurunkan kes kematian di luar hospital,” katanya merujuk kepada jumlah tinggi kematian pesakit Covid-19 yang dilaporkan BID.

Najib berkata, pesakit Covid-19 mungkin mengalami keadaan ‘happy hypoxia’ dan tidak menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas, walaupun tahap oksigen dalam badan sebenarnya rendah.

“‘Happy hypoxia’ ini menjadi pembunuh senyap kerana apabila masalah kekurangan oksigen ini tidak dapat dikesan dan dirawat lebih awal, pesakit Covid-19 boleh meninggal dunia,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Ahli Parlimen Pekan itu, berkata keadaan itu mengakibatkan ramai pesakit Covid maut di luar hospital.



“Sebab itu, penggunaan peralatan ‘pulse oximeter’ ini perlu diwajibkan. Tapi telah terlambat bagi ribuan pesakit yang terkorban dan diklasifikasi sebagai BID,” katanya.

PPC yang akan diagihkan kerajaan kelak mengandungi empat keping pek pelitup muka guna semula; empat kit ujian kendiri Covid-19; satu oximeter; satu termometer; dan risalah panduan penggunaan; serta info kesihatan.

“Pulse Oximeter” adalah alat yang diletakkan pada ibu jari untuk melihat denyutan nadi dan tahap oksigen dalam darah.

Pakar perubatan menasihatkan pesakit Covid-19 yang menjalani kuarantin di rumah perlu memantau tahap oksigen dalam darah, dan mendapatkan rawatan perubatan sekiranya ia jatuh bawah 95%. FMT



Jangan tunggu lagi, wajibkan penggunaan ‘pulse oximeter’ – gesa Najib


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker