Lisa Blackpink leburkan rekod PSY

Lisa Blackpink leburkan rekod PSY

PENANTIAN peminat kumpulan Blackpink untuk menunggu lagu solo Lisa akhirnya terbalas apabila video muzik (MV) Lalisa yang dilancarkan secara rasmi pada Jumaat lalu.

Istimewanya mengenai lagu yang diambil bersempena dengan nama sebenarnya Lalisa Manoban, sehingga Lalisa telah mencatat beberapa rekod bagi industri muzik Korea Selatan dan dunia.



Agensi Lisa, YG Entertainment menerusi sebuah kenyataan mengumumkan lagu solo Lisa telah mencapai 100 juta tontonan menerusi laman YouTube hanya selepas dua hari diluncurkan.

Pencapaian tersebut turut meleburkan rekod yang dipegang MV penyanyi PSY sebelum ini, Gentleman yang mendapat 100 juta tontonan dalam masa empat hari.

Tidak setakat itu, Lalisa juga dikatakan telah memecah rekod dipegang oleh penyanyi Taylor Swift menerusi lagu duet bersama Brendon Urie, Me! sebagai MV penyanyi solo paling banyak ditonton dalam masa 24 jam di laman YouTube.

Terdahulu pada 2019, Taylor memegang rekod berkenaan dengan jumlah 65.2 juta tontonan.



Biarpun pihak YouTube masih belum membuat sebarang pengumuman, namun berdasarkan laporan media antarabangsa Lisa berjaya mencapai lebih 70 juta tontonan dalam masa 24 jam bagi single Lalisa. K Online

Lisa Blackpink leburkan rekod PSY


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker