Resepi stew ekor lembu chewy

Sebaran :

Resepi stew ekor lembu chewy

Sedapnya stew ekor lembu ini. Resepinya sangat mudah dan tidak mengguna banyak bahan pun. Jom cuba resepi yang dikongsi oleh Chef Absar ini.

BAHAN

1kg ekor lembu
100ml minyak masak
150gm bawang
50gm bawang putih
40gm seleri
40gm leek
2gm tyme
2gm rosemary
2 helai daun bay
60gm lobak merah
2 batang serai – tumbuk
60gm pes tomato
40gm serbuk kari daging
1 liter air
60gm sos perang
10gm garam
100gm mentega tanpa garam

CARA

1.Masukkan air, ekor lembu dan rebus sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2.Panaskan minyak dan tumis bawang, bawang putih, seleri, leek, thyme, rosemary, daun bay, lobak merah dan serai sehingga naik bau.
3.Masukkan pes tomato dan serbuk kari daging. Kacau sebati.
4.Masukkan air dan biarkan mendidih.
5.Masukkan ekor lembu dan teruskan rebus sehingga lembut.
6.Masukkan mentega dan kacau sehinga cair. Perasakan dengan garam.

Resepi oleh Chef Absar

Resepi stew ekor lembu chewy


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Baby Kailan Masak Bawang Putih & Udang


Sebaran :

Leave a Reply