‘Membiarkan’ UEC kesilapan pemimpin tak boleh dimaafkan

‘Membiarkan’ UEC kesilapan pemimpin tak boleh dimaafkan. Tindakan ‘membiarkan’ Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) beroperasi sejak sekian lama dengan penuh kesilapan dan ‘kemungkaran’ merupakan satu kecuaian pemimpin yang tidak boleh dimaafkan.

Ini kerana sukatan pelajaran UEC berkiblatkan Taiwan; tidak patuh Dasar Pendidikan Kebangsaan; memperlekeh Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dan Perkara 152; tidak guna bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar serta bahasa Melayu diajar menggunakan bahasa Mandarin.

Bahkan difahamkan ada pelajar Cina UEC gagal kuasai bahasa rasmi malah umumnya berkemungkinan besar untuk mereka menambah monopoli kerjaya bagi sektor awam dan swasta.

Pengiktirafan UEC juga tidak adil kepada ribuan pelajar Tionghua yang rela dan mengikuti pendidikan di sekolah kebangsaan di samping pelajar Melayu dan India, selain sukatan dan kandungan subjek Bahasa Melayu dan Sejarah bercanggah dengan sukatan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).

Ia juga tidak dikawal selia oleh badan berwibawa seperti Lembaga Peperiksaan atau Majlis Peperiksaan Malaysia malah semangat patriotisme Dong Zong diragui kerana sukatan subjek Sejarah terlihat lebih cenderung mengutamakan nilai negara Taiwan berbanding negara Malaysia sendiri.

Cabul Perlembagaan Negara jika iktiraf UEC!

Berikutan itu, Ketua Kluster Majlis Perundingan Melayu (MPM), Kamal Shukri Abdullah Sani menegaskan, UEC bukan sahaja tidak patut diiktiraf malah sepatutnya dibatalkan terus.

“Kerajaan sepatutnya sedar akan percanggahan dan kesan buruk UEC ini.

“Justeru janganlah kita dikatakan bodoh dan bacul dengan membiarkan pengkhianatan terhadap maruah bahasa, bangsa, negara dan undang-undang tertinggi iaitu Perlembagaan sendiri berterusan mungkin 600 tahun lagi dengan mengiktiraf UEC ini,” katanya dalam kenyataan kepada Ismaweb.net, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, pihaknya memandang serius berhubung laporan Samudera.my yang memetik sumber dalaman melaporkan bahawa UEC – yang selama ini menjadi subjek kontroversi – bakal diluluskan kerajaan.

“MPM di sini menyatakan pendirian secara tegas, menentang sekeras-kerasnya jika hal ini benar.

“Ini kerana maruah negara, bahasa rasmi, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Pendidikan, Perkara 152 Perlembagaan, Akta Bahasa jelas telah terbiar, diperjudikan dan dikhianati oleh para menteri,” katanya.

‘Membiarkan’ UEC kesilapan pemimpin tak boleh dimaafkan

Belajar Dari Pengalaman Lee Kwan Yew Hapus ‘Sekolah Vernakular’


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pengiktirafan UEC suatu pengkhianatan kepada peradaban bangsa dan negara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker