Ada dua isteri, umur baru 17 tahun

Sebaran :

Ada dua isteri, umur baru 17 tahun

JAKARTA – Seorang remaja lelaki berumur 17 tahun di wilayah Sumatera Selatan menjadi tular kerana melangsungkan pernikahan dengan dua orang gadis dalam tempoh selang dua jam pada Jumaat lepas, lapor laman berita Suara.com.

Remaja dikenali sebagai Supandi itu menikahi Annisa, 17 dan Sangkut yang juga berumur 17 tahun. Ketiga-tiga mereka berasal dari kampung yang sama.

Menurut Setiausaha Kampung Karang Anyar, Wildan Hakim, ketiga-tiga mereka sememangnya mempunyai hubungan yang rapat sejak beberapa tahun lalu.

“Kedua-dua datuk pengantin perempuan ialah adik-beradik.

“Pernikahan mereka telah dirancang dan berlangsung di rumah pengantin perempuan,” kata Wildan.

Upacara akad nikah pertama antara Supandi dan Annisa dilangsungkan di rumah keluarga gadis itu pada pukul 1 petang (waktu tempatan), manakala akad nikah bersama Sangkut dilakukan di rumah gadis itu pada pukul 3 petang (waktu tempatan).

“Pernikahan itu direstui oleh kedua-dua keluarga.Semua Kiriman

“Bagaimanapun, mereka hanya melakukan upacara akad nikah kerana majlis perkahwinan akan diadakan pada tahun depan,” ujar Wildan.

Sementara itu, Wildan berkata, pemerintah kampung telah mengingatkan ketiga-tiga pengantin baharu itu bahawa pernikahan tersebut dikategorikan sebagai perkahwinan bawah umur.

“Bagaimanapun, semua keluarga terlibat mempersetujui pernikahan itu dan mereka perlu tinggal bersama ibu bapa masing-masing,” ujarnya. K Online

Ada dua isteri, umur baru 17 tahun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong


Sebaran :

Leave a Reply