Dua hakim kes 1MDB naik pangkat ke Mahkamah Rayuan

Dua hakim kes 1MDB naik pangkat ke Mahkamah Rayuan

Dua hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengetuai dua perbicaraan jenayah berkaitan 1MDB yang sedang berjalan telah dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan.

Collin Lawrence Sequerah dan Mohamed Zaini Mazlan mengangkat sumpah pada istiadat angkat sumpah di Istana Kehakiman di Putrajaya petang tadi.



Sequerah, 62, sedang mendengar kes rasuah RM2.28 bilion 1MDB terhadap Najib Razak manakala Zaini, 55, menghakimi kes audit 1MDB terhadap bekas perdana menteri itu.

Kedua-dua hakim mengangkat sumpah di hadapan Presiden Mahkamah Rayuan Abang Iskandar Abang Hashim.

Majlis istiadat angkat sumpah jawatan hari ini yang dihadiri Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

Setelah menamatkan pengajian dengan ijazah Kepujian dalam Sarjana Muda Undang-undang (LLB) dari University of London pada 1984, Sequerah yang dilahirkan di Petaling Jaya memulakan kerjaya sebagai peguam sebelum dinaikkan pangkat menjadi Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2014.



Pada Oktober 2018, dia dinaikkan pangkat menjadi hakim di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada November tahun yang sama.

Sementara itu, Zaini pula kelahiran Johor Bahru yang berkelulusan Ijazah Kepujian dalam bidang undang-undang dari Nottingham Trent University pada 1992, menjadi pesuruhjaya kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2014.

Dia kemudian menjadi hakim Mahkamah Tinggi Taiping pada Januari 2017, sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada April tahun sama.

Di bawah amalan kehakiman, menjadi perkara biasa bagi hakim mahkamah tinggi dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan – semasa mendengar kes jenayah – untuk terus mendengar prosiding tersebut.



Terdahulu, bekas ketua hakim Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim mengangkat sumpah sebagai Presiden Mahkamah Rayuan yang baru.

Sementara itu, Mohamad Zabidin Mohd Diah pula dilantik Hakim Besar Malaya, dan Abdul Rahman Sebli sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

Kedua-duanya pernah menjadi hakim Mahkamah Persekutuan.

Majlis istiadat hari ini turut menyaksikan upacara mengangkat sumpah hakim Mahkamah Persekutuan yang baru, enam hakim Mahkamah Rayuan (termasuk Sequerah dan Zaini), sebelas hakim Mahkamah Tinggi dan lima pesuruhjaya kehakiman. Mk



Dua hakim kes 1MDB naik pangkat ke Mahkamah Rayuan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PU Syed mohon FINAS tapis filem Pulau, terlalu seksi dan sangat teruk



Pemukiman Jemaah Menteri: Kementerian diterajui Mat Sabu dapat markah tercorot

Jangan ucapkan SABAR kepada orang yang dilanda musibah, tapi ucapkanlah perkataan ini…



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker