“Apa punya mangkuk”, kata Mahfuz kepada Hamzah [VIDEO]

Sebaran :

“Apa punya mangkuk”, kata Mahfuz kepada Hamzah

PENGGUNAAN kata-kata berbau kesat dalam Dewan Rakyat masih berlaku dalam Dewan Rakyat walaupun pihak Kerajaan dan pembangkang Pakatan Harapan mendatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik semalam.

Penggunaan perkataan ‘mangkuk’ yang dilemparkan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena (Amanah) Datuk Mahfuz Omar ketika Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin sedang berbahas disifatkan sebagai tidak matang.

Bagi Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong, tindakan Mahfuz tersebut mengambarkan bahawa tidak ada apa-apa yang berubah kepada ahli Parlimen pembangkang walaupun selepas MoU antara Kerajaan dan Pakatan Harapan ditandatangani.

“Walaupun MoU baru saja dimeterai antara Kerajaan dan Pakatan Harapan semalam, Dewan Rakyat yang bersidang hari ini tetap kecoh ketika waktu pertanyaan Menteri.

“Apa punya mangkuk?” Demikian ungkapan Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Dato’ Mahfuz Omar yang mencetuskan kontroversi apabila beliau mempersoalkan jawapan Menteri Dalam Negeri.

“Penggunaan ayat seperti ini tidak patut diungkapkan oleh Ahli Parlimen di dalam Dewan yang mulia. Baik ada MoU atau tidak, perangai tetap sama, masih belum berubah, masih belum matang.,” kata Ka Siong.

Justeru menurut beliau, sikap sesetengah ahli Parlimen yang masih belum berubah menjadi cabaran untuk menjayakan transofrmasi Parlimen dan kestabilan politik.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata, semua pihak perlu ikhlas dalam menjayakan transformasi yang diharapkan melalui MoU yang telah dimeterai petang semalam.

“Maka, inilah cabaran terbesar untuk menjayakan transformasi Parlimen dan mengekalkan kestabilan politik. Keikhlasan perlu ada pada semua pihak dan perlu ada anjakan paradigma. Doakan yang terbaik buat Keluarga Malaysia,” kata Ka Siong.

Persidangan Dewan Rakyat pagi ini dihangatkan dengan isu ‘mangkuk’ apabila Mahfuz mengeluarkan perkataan itu bagi menggambarkan perasaan tidak puas hatinya.

Perkataan ‘mangkuk’ itu dikeluarkan selepas Mahfuz kurang berpuas hati dengan jawapan balas diberikan Hamzah.

“Kalau benar masuk, tidak berlaku perhimpunan. Kami nak pergi ambil barang, apa punya mangkuk,” kata Mahfuz ketika Hamzah berucap di Dewan Rakyat sebentar tadi.

Kenyataan itu dikeluarkan ketika Hamzah berucap memberi penjelasan berhubung kompaun yang dikenakan kepada Ahli Parlimen ketika berhimpun di Dataran Merdeka bulan lalu. SM

“Apa punya mangkuk”, kata Mahfuz kepada Hamzah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong


Sebaran :

Leave a Reply