Kementerian Kewangan arahkan bank usahakan pengecualian faedah moratorium

Kementerian Kewangan arahkan bank usahakan pengecualian faedah moratorium

KABINET bersetuju supaya bank memberi pengecualian bayaran faedah kepada penerima moratorium pinjaman bank sebagai sebahagian perjanjian persefahaman kerajaan dan Pakatan Harapan (PH), kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

“Kementerian Kewangan juga mengarahkan institusi perbankan untuk mengusahakan pengecualian bayaran faedah bagi penerima moratorium pinjaman bank dengan segera.

Isu ni telah lama dibangkitkan oleh UMNO dan mahukan kerajaan berusaha menghapuskan faedah bagi penerima moratorium peinjaman bank.

Datuk Seri Najib Tun Razak memberi komen berikut:

Dulu kita suruh beri moratorium pinjaman tanpa faedah, kerajaan lama kata tak ada kuasa untuk arahkan bank.

Dulu kita suruh naikkan had hutang kerajaan dalam parlimen bagi memberi lebih ruang untuk bantu Rakyat, kerajaan lama kata tiada keperluan sebab bantuan Rakyat sudah mencukupi.

Kini boleh pulak bawah kerajaan baru.

Yang menerima manfaat, Rakyat.

Sementara itu ini pula komen ringkas dari Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi mengenai isu ini :

Alhamdulillah, salah satu daripada #TuntutanRAKYAT mengenai MORATORIUM TANPA FAEDAH TERAKRU yang turut diperjuangkan Pemuda UMNO dipersetujui KABINET menurut Menteri Kewangan dalam kenyataan media sebentar tadi.

Kita berharap kerajaan dapat memberi tekanan kepada pihak institusi kewangan agar memberi pengecualian faedah ini kerana pihak institusi kewangan masih mengaut keuntungan di era pandemik melanda negara dan dunia.

Bantulah ringankan beban rakyat.

Kementerian Kewangan arahkan bank usahakan pengecualian faedah moratorium


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ratusan surat beta terima dari rakyat, rintih penuh duka – Agong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker