Akar umbi PKR tak puas hati Najwan dicalonkan

Sumber berkata, pencalonan Najwan Halimi memberi gambaran buruk terhadap parti yang mementingkan keterangkuman dan mampu menyebabkan ia hilang undi India.

Akar umbi PKR tak puas hati Najwan dicalonkan

Ahli akar umbi PKR di Kota Anggerik tidak berpuas hati dengan keputusan parti mencalonkan Najwan Halimi bagi PRN susulan komennya baru-baru ini yang berbaur perkauman.

Najwan mengundang kontroversi awal bulan ini selepas menyifatkan Parti Sosialis Malaysia sebagai “parti India estet”. Timbalan ketua Pemuda PKR Shah Alam itu kemudian memohon maaf atas kenyataannya itu.

Seorang ahli akar umbi enggan dinamakan berkata, pencalonan Najwan memberi gambaran buruk terhadap parti itu dan mampu mengakibatkan PKR kehilangan undi masyarakat India.

“Mencalonkan seseorang yang membuat kenyataan berbaur perkauman menunjukkan parti itu tidak mempedulikan nilai teras berjuang bagi semua kaum.

“Saya sendiri berbangsa India dan terkedu apabila Anwar Ibrahim mengumumkan Najwan sebagai calon,” kata sumber itu sambil menambah ramai ahli India dalam PKR tidak senang dengan pencalonan Najwan.

Anwar mempertahankan pencalonan Najwan dengan berkata, semua orang pernah melakukan “kesilapan” dan sebagai presiden PKR, beliau mempunyai kuasa untuk membuat keputusan akhir.

Namun sumber itu berkata, Anwar yang juga perdana menteri perlu memahami justifikasi seperti itu memberi gambaran bahawa PKR “tiada beza dengan PAS”.

PKR sering menyelar PAS atas retorik berunsur perkauman terhadap orang Cina dan India.

“Namun kini, seseorang yang membuat kenyataan perkauman terhadap masyarakat India dibenarkan bertanding. Ini tidak dapat diterima.”

Katanya, permohonan maaf Najwan tidak bermakna dan parti sepatutnya mengambil tindakan lebih tegas dengan menghalangnya bertanding, malah menggantungnya.

Seorang lagi pemimpin PKR bersetuju parti itu tidak patut membenarkan Najwan bertanding dalam PRN, namun mengakui sukar menggugurkan Adun itu.

“Mengikut pemahaman saya, Najwan dibenarkan bertanding kerana presiden melihat beliau mampu mempertahankan kerusinya.”

Najwan memenangi kerusi itu pada PRU14 dalam pertandingan tiga penjuru dengan majoriti 17,004 undi. FMT

Akar umbi PKR tak puas hati Najwan dicalonkan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bell dedahkan pernah dihina pengarah terkenal

Netizen Tak Puas Hati Sophia Albarakbah dinobat Aktres Filem Popular ABPBH35

Berani Buat Tahi – Shakilla Khoriri Cari Penghantar Emel

Netizen Terkejut Tengok Dress ‘Private Party’ Lana Nodin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker