Filipina sedia berperang jika rakyatnya dibunuh di laut China Selatan

Filipina sedia berperang jika rakyatnya dibunuh di laut China Selatan

Mana-mana askar atau rakyat Filipina yang terbunuh akibat perbuatan disengajakan di Laut China Selatan, boleh ditakrifkan sebagai ‘tindakan perang’, malah tenteranya sedia bertindak balas sewajarnya, tegas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr.

“Ada antara kita yang sudah mengalami kecederaan, bagaimanapun syukur masih belum sampai ke tahap orang awam atau anggota (tentera) kami terbunuh.



“Sekiranya sampai ke tahap itu, sudah tentu kami akan melepasi Rubicon (had di mana sesuatu keputusan atau tindakan tidak boleh dihentikan atau berpatah balik). Sudah pasti kesabaran kami ada hadnya,” katanya pada sesi soal jawab Dialog Shangri-La Ke-21.
Beliau membuat amaran keras itu selepas menyampaikan ucaptama pada acara di Singapura, merujuk kepada ketegangan maritim yang memuncak dengan China sejak kebelakangan ini di Laut China Selatan.

April lalu, Marcos berkata, jika berlaku kematian membabitkan rakyat Filipina yang disebabkan pencerobohan oleh ‘kuasa asing’ di Laut China Selatan, ia akan dibawa kepada perjanjian pertahanan antara Filipina dan Amerika Syarikat (AS) untuk tindakan balas.

Dalam ucaptamanya, Marcos sekali lagi merujuk kepada perjanjian pertahanan dengan AS dan berkata: “Saya percaya rakan perjanjian kami turut berpegang kepada dasar ini apabila tindakan bersama dilakukan sekiranya ancaman seumpamanya berlaku di Filipina.”

Semasa sesi soal jawab, seorang perwakilan China bertanya kepada Marcos Jr sama ada ketegasan Filipina melemahkan konsep kesepakatan ASEAN dan komitmen sebelum ini untuk menyelesaikan pertikaian serantau dalam blok itu.



Beliau menjawab, Filipina tidak boleh mempertimbangkan keselesaan pihak lain atau risiko menggugat kesepakatan dan keamanan berpanjangan di rantau itu kerana Laut China Selatan kini menjadi isu dunia susulan banyak perdagangan global melaluinya.

Bekas naib presiden Akademi Sains Ketenteraan, Leftenan Jeneral China, He Lei, turut memberikan reaksi balas berhubung isu itu.

“Jika kematian seorang individu dalam satu pertempuran secara tidak sengaja sudah cukup untuk mencetuskan perang di sesuatu negara, maka saya fikir negara itu amat taksub dengan perang,” katanya.

Beijing menuntut bidang kuasa ke atas sebahagian besar Laut China Selatan, di mana perdagangan global lebih AS$3 trilion (RM14 trilion) dicatatkan setiap tahun, termasuk bahagian perairan yang dituntut Filipina, Brunei, Malaysia, Taiwan dan Vietnam.



Sejak mengambil alih jawatan itu pada 2022, Marcos Jr mengambil tindakan balas lebih keras terhadap ancaman China, sambil disokong oleh AS, Jepun dan Australia, berbanding pemimpin terdahulu.

Walaupun Marcos Jr tidak secara jelas menamakan China dalam ucaptamanya, beliau menyeru tindakan tegas diambil ke atas tuntutan yang berlebihan, tidak masuk akal dan tidak berasas melalui kekerasan, ugutan serta penipuan. BH

Filipina sedia berperang jika rakyatnya dibunuh di laut China Selatan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz selebriti didakwa kuat ‘merapu’ bila berdakwah?

Kedai makan balas komen pelanggan dengan biadap



BCL bikin hal lagi dalam kelab malam

Buat ‘projek’ dalam kawasan masjid (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker