Alphard terjunam longkang di lebuh raya, 3 maut

Alphard terjunam longkang di lebuh raya, 3 maut

Dua adik beradik bersama seorang rakan maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terjunam ke dalam longkang selepas terbabas di Lebuh Raya Iskandar Sultan, Johor Bahru, hari ini.

Ketiga-tiga mangsa, yang maut di tempat kejadian, terdiri daripada pemandu wanita berusia 30 tahun dan dua penumpang, iaitu seorang lelaki berusia 27 tahun dan perempuan berusia 35 tahun.



Timbalan Ketua Polis Johor Bahru Utara Yusof Othman berkata, pemandu dan penumpang lelaki terbabit ialah adik-beradik, manakala penumpang wanita ialah rakan mereka.

Katanya, dalam kejadian yang berlaku selepas hujan itu, kira-kira 8.11 pagi, kenderaan tersebut, sebuah Toyota Alphard bergerak dari arah Bukit Indah menuju ke Johor Bahru sebelum dipercayai hilang kawalan di KM14.3.

“Kenderaan dipandu wanita itu hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan dan terjunam ke longkang sedalam kira-kira 3m.

“Kesemua mangsa maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan dalaman,” katanya, lapor Bernama.



Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Larkin Pegawai Bomba Kanan I Haizrul Rahmad berkata, kesemua mangsa yang maut merupakan warga tempatan, dengan pemandu dikenali sebagai Chu Wan Rou, penumpang lelaki Chu Wei Yean dan penumpang wanita Aw Siew Chern. FMT

Alphard terjunam longkang di lebuh raya, 3 maut

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz selebriti didakwa kuat ‘merapu’ bila berdakwah?

Kedai makan balas komen pelanggan dengan biadap



BCL bikin hal lagi dalam kelab malam

Buat ‘projek’ dalam kawasan masjid (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker