Al-Hilal juara Piala Saudi, Ronaldo ‘koyak’ lagi

Cristiano Ronaldo tidak dapat menahan air mata selepas tewas kepada Al-Hilal pada final Piala Saudi di King Abdullah Sports City, Jeddah. – Foto REUTERS

Juara Liga Pro Saudi, Al-Hilal menewaskan Al-Nassr yang dibintangi Cristiano Ronaldo, 5-4 dalam penentuan penalti untuk memenangi Piala Saudi dan kejuaraan domestik berganda.

Peledak Al-Hilal, Aleksandar Mitrovic dan Ronaldo menyempurnakan sepakan masing-masing, tetapi penjaga gol, Yassine Bounou menjadi wira apabila menyelamatkan dua sepakan terakhir Al-Nassr.

Kedua-dua pasukan, yang mendominasi Liga Saudi sebelum skuad kendalian Jorge Jesus memenangi gelaran berkenaan buat kali ke-19, terikat 1-1 selepas 90 minit dan tiada gol dijaringkan dalam masa tambahan.

Mitrovic meletakkan Al-Hilal di depan pada minit ketujuh apabila dia menanduk hantaran lintang Malcom di King Abdullah Sports City.



Al-Nassr terpaksa bermain 10 orang selepas penjaga gol, David Ospina menggunakan tangan untuk menghalang Malcom melepasinya di luar kotak penalti pada minit ke-56.

Pengendali Al-Nassr, Luis Castro menggantikan penyerang, Sadio Mane dengan penjaga gol, Walid Abdullah.

Di akhir babak kedua, pemain Al-Hilal, Ali Al-Bulayhi mengutip kad kuning keduanya dan selepas dia dibuang padang, Ayman Yahya menjaringkan gol penyamaan.

Al-Hilal hilang seorang lagi pemain apabila pertahanannya, Kalidou Koulibaly dilayangkan kad kuning kedua, tetapi masih berjaya mengekalkan kedudukan untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti.



Ronaldo masih belum memenangi sebarang gelaran bersama kelab Arab Saudi itu pada Januari tahun lalu. – REUTERS

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz selebriti didakwa kuat ‘merapu’ bila berdakwah?

Kedai makan balas komen pelanggan dengan biadap



BCL bikin hal lagi dalam kelab malam

Buat ‘projek’ dalam kawasan masjid (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker