Cliff Umar akhirnya bersuara selepas kantoi

Cliff Umar akhirnya bersuara selepas kantoi

Juara program realiti, Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7), Cliff Umar akhirnya bersuara selepas dikaitkan dengan isu dadah baru-baru ini.

Cliff membuat pengakuan bersalah di atas pertuduhan memiliki dadah jenis heroin seberat 0.39 gram minggu lalu.



Menurut Cliff, hanya Allah SWT yang tahu betapa dia menyesal membuat kesalahan tersebut.

Penyanyi ini memberi peringatan kepada orang ramai supaya jangan sesekali mengambil najis dadah.

Katanya, tiada sebarang kebaikan sebaliknya ianya hanya akan memudaratkan diri sendiri.

Jangan ambil dadah. Tak ada kebaikan apa pun melainkan kau nak dimalukan dan dilayan seperti penjenayah. Wajah kau juga akan terpampang di media sosial dan berita jam 8 malam.



Jelas Cliff lagi, dia juga manusia biasa yang tersilap membuat pilihan dalam hidup.

Namun dia mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku dan akan berubah.

Dalam hantaran itu juga, penyanyi ini berterima kasih kepada isteri, Anita yang setia di sisinya di saat susah dan senang.

Cliff Umar akhirnya bersuara selepas kantoi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz selebriti didakwa kuat ‘merapu’ bila berdakwah?



Kedai makan balas komen pelanggan dengan biadap

BCL bikin hal lagi dalam kelab malam



Buat ‘projek’ dalam kawasan masjid (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker